02 November 2012

Melaka Lokasi Penganjuran Aktiviti MICE Terkemuka

Dilengkapi Pelbagai Fasiliti Bertaraf Antarabangsa
 
Melaka International Trade Center (MITC) dilengkapi pelbagai fasiliti bertaraf antarabangsa

AYER KEROH- Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) terus proaktif mempromosikan Melaka sebagai pusat bagi penganjuran pelbagai aktviti Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (M.I.C.E-Meetings, Incentitives, Conventions, Exhibition) terkemuka di rantau ini sejajar dengan usaha memperkukuhkan lagi kedudukan negeri ini sebagai pusat pelancongan terunggul.

Abd Kadir...BPP agresif 
promosi MICE Melaka
Pengurus Besar BPP, Abd Kadir Md Idris memberitahu, sebagai destinasi MICE yang unggul, Melaka tidak sekadar memiliki Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang sememangnya sudah sinonim dengan penganjuran berbagai aktiviti, bahkan Melaka juga turut mempunyai rangkaian hotel yang dilengkapi kemudahan bagi penganjuran MICE.

"MITC umpamanya, ia dilengkapi dengan dewan pameran (13,200 meter persegi) di samping dewan bankuet, bilik mesyuarat, auditorium, bilik VIP, lobi dan dataran yang cukup luas bagi penganjuran sebarang aktiviti keramaian," ujarnya.

Kedudukan Melaka sebagai pusat MICE juga kata Abd Kadir lagi turut dimantapkan dengan rangkaian kira-kira 20 hotel yang turut menyediakan kemudahan bagi penganjuran MICE.

Antaranya termasuk :

Hotel Equatorial Melaka juga
dilengkapi kemudahan
untuk aktiviti MICE
Philea Resort & Spa Melaka (dewan bankuet untuk 560 orang pada satu-satu masa); 
Equatorial Hotel (1,210 orang); 
Renaissance Hotel (1,000 orang); 
Casa Del Rio Melaka (200 orang); 
A'Famosa Resort (1,250 orang); 
Avillion Legacy Melaka (350 orang); 
Holiday Inn (1,000 orang); 
The Majestic (80 orang) 
Hotel Seri Costa (220 orang); 
Hotel Seri Malaysia (200 orang); 
Puteri Resort (500 orang); 
Naza Talyya Hotel (300 orang); 
Kings Hotel (240 orang); 
Best Western Riverside (400 orang); 
Hatten Hotel (1,000 orang); 
Hang Tuah City Hotel (150 orang);
dan banyak lagi..

Kata Abd Kadir lagi, beberapa lokasi yang kerap menjadi tumpuan juga menjadi venue pilihan pihak-pihak tertentu bagi sebarang aktiviti keramaian seperti di perkarangan Istana Kesultanan Melaka; perkarangan Kapal Flor De Lamar; perkarangan Kota A'Famosa; dataran Menara Taming Sari; Dataran MBMB; Taman Seribu Bunga dan di Taman Rempah.

"Selain berusaha memantapkan lagi kedudukan Melaka sebagai pilihan bagi penganjuran MICE untuk pasaran domestik, BPP juga turut giat 'menjual' Melaka di peringkat antarabangsa berdasarkan kemampuan kita menjadi 'host' kepada beberapa acara dunia sebelum ini," ujar Abd Kadir.

Sejajar dengan kedudukan Melaka sebagai pilihan aktiviti MICE, kata Abd Kadir lagi, BPP juga turut menawarkan pakej lawatan dan acara lain sebagai pengisian sampingan kepada semua pihak yang mengadakan seminar, konvensyen atau pameran di negeri ini.

"Matlamat utama kita ialah menjadikan Melaka sebagai host MICE terbaik seiring dengan pencapaian Melaka Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau yang terus memahat nama di persada dunia," kata Abd Kadir.

Katanya lagi, BPP juga turut menerbitkan sebanyak 5,000 naskah buku panduan bertajuk 'Guide MICE Melaka 2012' di samping memuatkannya dalam facebook: Tourism Melaka dan laman sesawang www.Melaka.gov.my sebagai pendekatan berterusan mempromosikan Melaka sebagai lokasi pilihan bagi penganjuran MICE.

Hotel  Holiday Inn Melaka sering menjadi pilihan penganjuran Meeting

MITC turut menjadi venue penganjuran aktiviti pameran


Melaka Bandaraya Warisan Dunia
Farihan(Han)@gotomelaka.blogspot.com

No comments: