01 November 2012

Avillion Legacy Melaka

Dengan Gaya Klasik, Kontemporari
 Gaya kolonial Avillion Legacy Melaka di Jalan Hang Tuah

BANDARAYA MELAKA– Dengan menampilkan sentuhan senibina kolonial, Avillion Legacy Melaka Hotel di Jalan Hang Tuah tidak sekadar menjadi mercu tanda pembangunan pesat di lokasi berkenaan, bahkan ia kerap menjadi pilihan pelanggan yang mahukan gaya penginapan klasik yang diadunkan dengan ciri-ciri kontemporari bagi mencetuskan suasana yang cukup mengujakan!

Melangkah masuk ke ruang lobi, anda pastinya terpegun melihat dekorasi menarik di bahagian bumbung berbentuk dome dengan sentuhan ukiran klasik kolonial. Keunikkan penginapan di Avillion Legacy kian terasa sebaik masuk ke bilik penginapan sama ada Superior; Studio; Premium Studio atau Suite.

Avillion Legacy Melaka bertaraf 4 bintang menawarkan 228 bilik penginapan, setiap satunya amat berbeza dari aspek kemudahan yang disediakan, dekorasi serta tema bagi menampilkan suasana yang lebih elegen, selesa dan serba mewah.

Dekorasi menarik di bahagian dome yang mencetuskan suasana klasik di lobi Avillion Legacy Melaka

Kemudahan ballroom, bilik persidangan serta bilik seminar turut disediakan, sekaligus menjadikan hotel berkenaan sebagai antara lokasi pilihan bagi penganjuran sebarang program M.I.C.E. (Meetings, Incentitives, Conventions, Exhibition).

Menikmati sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di Coffee House di aras bawah Avillion Legacy Melaka juga menjadi detik yang cukup dinantikan oleh setiap pelanggan kerana pelbagai sajian enak disediakan sama ada masakan Asia atau Barat serta ala-carte.

Keterangan lanjut mengenai Avillion Legacy Melaka, hubungi 06-2816868 atau email res@AvillionLegacyMelaka.com atau layari www.AvillionLegacyMelaka.com.

Suasana damai di Studio Room Avillion Legacy Melaka

Premium Studio menjanjikan penginapan yang cukup ‘privacy’

Bandaraya Melaka

Beraneka sajian di Coffee House di aras bawah Avillion Legacy Melaka

Suasana mewah di Ballroom yang kerap menjadi pilihan penganjuran aktiviti M.I.C.E

Juga tempat yang sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran




TAG: Avillion Legacy Melaka Hotel,The Legacy Melaka,The Legacy Hotel Melaka,Avillion Hotel Group,Avillion Legacy Melaka Review,gotomelaka.blogspot.com,Melaka Bandaraya Warisan Dunia,City Hotel Melaka,Avillion Legacy Melaka Malacca Malaysia,Hotel Jalan Hang Tuah Melaka,Avillion Legacy Melaka Hotel, 4 star hotel in Melaka,Avillion legacy hotel Melaka contact no,Golden Legacy Melaka,Hotel Melaka tengah,Avillion Legacy hotel Melaka review,Avillion Legacy hotel di melaka,Hotel di bandar Melaka,List of Hotel in Melaka,Hotel Bandar Melaka,Hotels in Malacca,Hotel di Melaka,Hotel At Melaka,Accommodation at Melaka

Avillion Legacy Melaka Hotel Malacca / Melaka Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: