Sebuah terminal kapal persiaran baru yang akan dibina setanding dengan pusat persinggahan kapal-kapal mewah bertaraf dunia sebagai
usaha menjadikan Melaka sebagai hab pelancongan serantau.. Gambar Communications DNA
BANDARAYA MELAKA- Kapal persiaran mewah ‘Royal Caribbean
International’ yang berpangkalan di Miami ,
Amerika Syarikat akan kerap berlabuh di Melaka sekiranya penghubung jalan darat dapat disiapkan dalam masa terdekat.
Keperluan terminal baru yang lengkap dengan fasiliti untuk
kemudahan kapal mewah itu berlabuh di negeri ini disuarakan sendiri oleh
‘Captian Master of Vessel, Capt Yngvar Knutsen (Norway )
kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Malah, Mohd Ali yang positif dengan perkembangan relevan
bagi mempopularkan industri pelancongan di negeri ini memberi jaminan bahawa
kerja-kerja pembinaan terminal yang dimaksudkan akan dimulakan dengan segera.
“Projek terminal tersebut akan dibina di antara Pulau Melaka
dan Pulau Panjang yang menelan perbelanjaan sekitar RM100 juta.
“Jika tidak ada
apa-apa halangan, kerja-kerja pembinaan tersebut boleh dimulakan dalam tempoh
tiga bulan ini,” katanya kepada pemberita.
Mohd Ali berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan
lawatan ringkas ke kapal mewah itu yang berlabuh di persisir pantai Jeti
Parameswara, Banda Hilir, dekat sini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid.
Tambah Mohd Ali lagi, pihak kontraktor yang dilantik bagi
membina terminal baru itu sedang menunggu reka bentuk baru selepas reka bentuk
yang dicadangkan sebelum ini tidak dipersetujui.
Kapal persiaran mewah ‘Royal Caribbean International’
Gambar Mohd Ali, Yngvar Knutsen dan sebahagian anak kapal
“Sebelum ini
rekabentuk yang dicadangkan adalah berbentuk T, namun tidak dipersetujui kerana
tidak begitu praktikal dan konsultan mengubahnya kepada bentuk L.
“Sekarang hanya tunggu masa untuk mendapatkan lakaran baru
terminal tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan,”katanya.
Menurutnya lagi, sebaik terminal baru beroperasi nanti, ia mampu
menjadi lokasi berlabuh dua buah kapal mewah besar secara serentak dalam
satu-satu masa.
“Dengan fasiliti serba lengkap nanti, saya menjangkakan ia
dapat menampung kemasukan kira-kira 200,000 pelancong.
“Ini juga merupakan satu lagi tarikan pelancongan baru dan
kerajaan negeri pasti dapat menambah pendapatan dari caj yang dikenakan ke atas
pelancong terbabit,” katanya.
Sementara itu, Yngvar Knutsen yang mengetuai 720 anak kapal
berkata, sepanjang tahun 2012, Royal Caribbean International menerima sebanyak
21 permohonan untuk menyertai pelayaran berbanding tahun sebelumnya yang hanya
12 ‘call’ sahaja.
“Ini satu petanda baik bahawa percutian mewah di atas kapal
mula menjadi ‘trademark’ kepada masyarakat di negeri ini.
“Malah, selepas berbincang dengan Ketua Menteri yang komited
menyiapkan terminal baru, hasrat membawa pelancong dan singgah di Melaka dengan
lebih kerap pasti tidak menjadi masalah lagi.
“Dengan keluasan terminal yang
besar juga, saya bercadang membawa kapal mewah Royal Caribbean
yang lebih besar supaya dapat memuatkan kira-kira 3,500 penumpang berbanding kapasiti sedia ada
sekitar 2,076 penumpang saja,” katanya.
pelayaran ke Singapura dan Eropah.
No comments:
Post a Comment