25 August 2012

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Melaka 2012

Selamat Datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka...

Orang ramai yang hadir mengambil kesempatan bertemu & bersalaman dengan Ketua Menteri dan TYT Melaka...


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri  Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 1 syawal 1433/ 19 Ogos 2012.

Dewan MITC mula dibanjiri orang ramai sejak awal pagi. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Mohd Khalil dan Mohd Ali serta, Datin Seri Asmah dalam suasana yang cukup ceria dan harmoni sekali.



Sempena sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu, orang ramai juga turut disajikan dengan pelbagai juadah termasuk Kebab, Roti Canai, Tosay, Capati, Nasi Lemak, Keropok Lekor, Kambing Bakar, dan satay, selain Nasi Goreng, Mee Sup, Bihun Sup, Teh Tarik, Mee Goreng, Bihun Goreng, Kwetiau Goreng, Kuih2 raya, Cendol dll. 

Yang jelas, sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di MITC Melaka ini menyerlahkan semangat perpaduan dan patriotik yang cukup kental di kalangan masyarakat berbilang bangsa bagi meraikan Aidilfitri walaupun ada yang menunggu lama untuk memasuki dewan MITC.


 Kambing...


 Kios Mee, Bihun, Kueh Tiaw, and Nasi Goreng...

 Kios Mee Sup / Bihun Sup & Cendol...

 Kios Satay...


 Jemput makan semua...!

 Diantara artis yang membuat persembahan, Ali Mamak, Abon...dll

 Sebahagian tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka... 

Ok, jumpa lagi tahun hadapan...



08 August 2012

Bazar Ramadhan Taman Cempaka


Suasana di Bazar Ramadhan Taman Cempaka Melaka pada waktu malam... @_@





Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

06 August 2012

CIQ Melaka

Pintu Masuk Pelancong, Pusat Transit Pekerja Asing

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH Ogos – Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen @ Custom, Immigration & Quarantin (CIQ) bernilai RM72 juta telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2012. 

Kompleks ini dibina bagi memberi kemudahan keluar masuk yang lebih baik kepada penduduk tempatan dan asing di Negara ini.

Ianya bertujuan mengantikan jeti penumpang sedia ada yang telah digunakan sekian lama dan kompleks ini merupakan pintu masuk bagi pengunjung dari Melaka di sebelah Malaysia dengan Dumai di sebelah Indonesia.

CIQ Melaka ini akan beroperasi 24 jam sehari. Kompleks ini menempatkan tujuh jabatan agensi dari skop tugasan yang berlainan.

Terdahulu, Mohd Ali telah meluangkan masa beramah mesra dengan para penumpang Feri Indomal Ekspress 8 iaitu feri pertama yang menggunakan CIQ berkenaan untuk berlepas ke Dumai, Indonesia.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunos Husin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Pantai dan Sungai Melaka (PPPSPM); Datuk Baharom Majid dan Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Mohammad Azlan Jawawi.

Kewujudan Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka di Muara Sungai Melaka yang mula beroperasi sejak 1 Ogos juga telah menyerlahkan imej sebenar Melaka sebagai negeri maju yang memiliki kemudahan serba moden bertaraf antarabangasa.

Selain memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, kini Melaka juga mempunyai kemudahan CIQ yang serba moden dan bertaraf dunia.

Kewujudannya juga turut menyerlahkan imej sebenar Melaka sebagai negeri maju kearah menyediakan sistem perkhidmatan yang lebih selesa, termasuk kepada pelancong.

Sebanyak empat buah feri iaitu dua perjalanan ke Dumai dan dua ke Bengkalis akan beroperasi setiap hari membawa 600 penumpang pergi dan balik.

Ini bermakna, setahun ia menerima kemasukkan 72,000 pelancong dan pekerja. Namun dengan keluasan CIQ ini dan bilangan feri yang akan ditambah, saya yakin ia boleh menampung satu juta(1,000,000) orang setahun ujar Ketua Menteri.

CIQ Melaka akan diuruskan oleh sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan Pantai dan Sungai Melaka (PPPSPM)

Mengenai Jeti Shahbandar yang sebelum ini menjadi pintu masuk pelancong dan pekerja Indonesia ke Negara ini akan dirobohkan. “Saya telah minta Datuk Bandar dan PPPSPM membuat pelan supaya kawasan itu dapat dijadikan pusat perniagaan, sekaligus menarik lebih ramai pelancong ke Melaka,” ujar Mohd Ali. 

CIQ Melaka yang bernilai RM73 juta ini mampu menampung sehingga satu juta pelancong setahun...


@Gotomelaka.blogspot.com