Selamat Datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka...
Orang ramai yang hadir mengambil kesempatan bertemu & bersalaman dengan Ketua Menteri dan TYT Melaka...
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 1 syawal 1433/ 19 Ogos 2012.
Dewan MITC mula dibanjiri orang ramai sejak awal pagi. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Mohd Khalil dan Mohd Ali serta, Datin Seri Asmah dalam suasana yang cukup ceria dan harmoni sekali.
Sempena sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu, orang ramai juga turut disajikan dengan pelbagai juadah termasuk Kebab, Roti Canai, Tosay, Capati, Nasi Lemak, Keropok Lekor, Kambing Bakar, dan satay, selain Nasi Goreng, Mee Sup, Bihun Sup, Teh Tarik, Mee Goreng, Bihun Goreng, Kwetiau Goreng, Kuih2 raya, Cendol dll.
Yang jelas, sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di MITC Melaka ini menyerlahkan semangat perpaduan dan patriotik yang cukup kental di kalangan masyarakat berbilang bangsa bagi meraikan Aidilfitri walaupun ada yang menunggu lama untuk memasuki dewan MITC.
Kambing...
Kios Mee, Bihun, Kueh Tiaw, and Nasi Goreng...
Kios Mee Sup / Bihun Sup & Cendol...
Kios Satay...
Jemput makan semua...!
Diantara artis yang membuat persembahan, Ali Mamak, Abon...dll
Sebahagian tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka...
Ok, jumpa lagi tahun hadapan...
No comments:
Post a Comment