Kompleks Boling Terbesar di Malaysia
Melaka International Bowling Centre(MIBC) in MITC Ayer Keroh, Melaka, Malaysia
AYER KEROH- Melaka International Bowling Centre (MIBC Melaka)
terus menjadi lokasi tumpuan bagi rakyat untuk bermain boling. MIBC yang dibuka pada 1 Ogos 2009 dilengkapi 52 lorong merupakan
kompleks boling terbesar di Malaysia dan rantau Asia, dilengkapi kemudahan
boling bertaraf dunia.
MIBC juga pernah menjadi venue acara berprestij iaitu 45th Qubica
AMF Bowling World Cup dari 13-20 November 2009, disertai 153 pemain mewakili 89
negara dan mendapat publisiti meluas dari media antarabangsa.
Pemain ternama dari El Salvador, Edith Quintanilla ketika beraksi pada 45th Qubica AMF World Cup di Melaka International Bowling Centre(MIBC) Melaka, Malaysia pada November 2009
Beroperasi selama 15 jam sehari (bermula jam 10 pagi), MIBC
kini terus menjadi pilihan para peminat boling sama ada untuk pertandingan persahabatan
atau kejohanan bagi merebut piala kejuaraan.
MIBC menyediakan 52 lorong, sekaligus menjadikannya yang terbesar di Malaysia dilengkapi kemudahan bertaraf dunia
Kini, MIBC bukan sekadar menjadi kebanggaan rakyat Melaka,
bahkan ia turut menjadi venue yang menyediakan pelbagai kemudahan lain termasuk
restoran, cafe, kiosk serta golf simulator untuk aktiviti riadah bersama
keluarga!
Pengunjung juga boleh merasai bermain golf simulator di MIBC Golf Simulator di ruang legar kompleks berkenaan
Hakikatnya, MIBC merupakan satu pelaburan strategik Kerajaan
negeri dalam menyediakan prasarana serba lengkap sejajar dengan hasrat
menjadikan Melaka hab pelancongan sukan, termasuk boling terunggul di rantau
ini.
Senarai panjang tempahan dan suasana sibuk dengan pengunjung
yang sentiasa bertali arus jelas menggambarkan bahawa MIBC menjadi antara
lokasi tumpuan paling popular, seiring dengan pencapaian cemerlang Melaka Negeriku
Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau yang terus melangkah ke depan mencipta kegemilangan!
Pusat Boling MIBC 52-lorong merupakan kompleks
boling terbesar di Malaysia yang menjadikan negeri ini lokasi antarabangsa bagi pertandingan boling dan berfungsi sebagai pusat latihan bagi menghasilkan pemain bertaraf dunia. Lorong bolingnya dilengkapi mesin boling QubicaAMF dan menempatkan sebuah kafeteria, kedai, golf simulator, dan sebuah surau. Melaka International Bowling Centre (MIBC) juga menjadi lokasi tumpuan paling popular terutama kepada 'kaki' boling
Waktu operasi MIBC:
10:00 pagi – 1:00 pagi / Setiap hari
Harga Tiket MIBC:
No comments:
Post a Comment