26 December 2012

Puteri Gunung Ledang

A Legendary Love
Puteri Gunung Ledang (PGL) merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan Teater muzikal yang sama jalan ceritanya.

 Trailer PGL


Sinopsis Film Puteri Gunung Ledang (PGL)

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, Raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

 Raja Majapahit

Hang Tuah Dan Gusti Putri

Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke Istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.


Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud(Sultan Melaka) yang diterjemahkan dari Sanskrit Jawa:

"Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
"Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
"Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan.

Melaka

Istana Melaka

Gusti Putri menghadap Sultan Mahmud (Sultan Melaka) di Istana 


Pencapaian Filem Puteri Gunung Ledang

Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia yang. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini, "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang" telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.

Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy), 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei), Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif & berinspirasi".

Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada tahun 2005.


Trivia

Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM1.

Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja.

Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.

Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Anugerah Akademi (Academy Awards).


 Asmaradana Lagu Tema Filem PGL Puteri Gunung Ledang


Pelakon Dan Watak Di Dalam Puteri Guning Ledang (PGL)
melakonkan/memegang watak

Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah / Puteri Gunung Ledang

Dato' M. Nasir sebagai Laksamana Hang Tuah

Dato' Rahim Razali sebagai Datuk Bendahara

Adlin Aman Ramli sebagai Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka)

Sofia Jane sebagai  Permaisuri Tun Teja

Alex Komang   sebagai  Gusti Adipati Handaya Ningrat / Raja Majapahit

Christine Hakim sebagai Bayan

Khir Rahman sebagai  Tun Mamat

Ruminah Sidek sebagai Nenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri)

Azmil Mustapha sebagai Pangeran Demak / Putera Demak

Sabri Yunus sebagai Sang Setia

Man Bai sebagai Topok

Radhi Khalid sebagai Tapik

Slamet Rahardjo sebagai Patih

Muhammad Naufal Nasullah sebagai Raja Ahmad



Princess Of Mount Ledang

This is a story of a Majapahit(Java) princess Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah who run away to Malacca (Malaysia - formerly known as Tanah Melayu) and then fall in? love with Hang Tuah and refuse to marry Sultan of Malacca. Cursed to live alone on top of Mount Ledang(Malaysia) forever...
SINGER PGL- Datuk M. Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Seri Tiara Jacquelina (Malaysian)
OST PGL - Puteri Gunung Ledang (Princess Of Mount Ledang) - Malaysian Movie
Using both the culture of Malaysian and Javanese.. :)

 Bagaikan Sakti OST PGL by Datuk M. Nasir and Datuk Siti Nurhaliza


Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Muzium Kapal Selam Melaka / Malacca Submarine Museum

Tahun Melawat Malaysia 2014 / Visit Malaysia 2014, Malaysia Truly Asia