08 August 2013

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Melaka 2013

Bersama TYT dan Ketua Menteri

AYER KEROH- Lebih 30,000 orang hadir untuk bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassin bersama Ketua Menteri, Datuk Wira Ir. Idris Haron dan isteri, Datin Wira Fadilah Abdullah.

Pelbagai peringkat usia hadir memeriahkan majlis

Majlis yang diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang bermula jam 10.30 pagi hingga 4petang itu turut dihadiri Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan isteri, Datin Wira Halimah Baba; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan isteri, Datin Rafeah Hanim Johari, barisan EXCO dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Turut hadir, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta komponen Barisan Nasional (BN), Pembangkang, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta rakyat dari pelbagai kaum dan agama.

Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati para pengunjung sambil dihiburkan oleh kombo Briged Seni Melaka.

Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati pengunjung

Sedang menikmati cendol dan kambing bakau...

Pengunjung menikmati juadah yang disediakan

Rumah Terbuka TYT & Ketua Menteri Di MITC




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City