20 April 2011

Asal Usul Melaka

Al-Kisah negeri Melaka mendapat nama...


Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.


Diantara pedagang yang datang ke Melaka pada ketika itu...


Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.




By:  Gotomelaka.blogspot.com

Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage  City

11 comments:

WAK JURAGAN said...

Nama asal Melaka berasal dari perkataan Arab MALQA iaitu tempat pertemuan. Ini kerana Melaka pernah menjadi tempat pertemuan pedagang yang terkenal satu masa dahulu.

Amiza said...

Saya minta izin share Maklumat ini untuk pelajar Tingkatan 1 saya. terima kasih

Farihan Han said...

boleh bawak rombongan satu bas sek melawat muzium2 di Melaka...

Sweet Souvenirs said...

OHHH

Unknown said...

TQ sbb bagi maklumat ni...amat membantu utk kajian kes f1...

Unknown said...

Gg

Unknown said...

I love melaka

Anonymous said...

Ff

Unknown said...

Good.tqvm

Unknown said...

Best in melaka

Unknown said...

🤩