13 April 2011

Pengangkutan Ke Melaka

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka. Dahulu stesen keretapi ini dikenali Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah stesen Tebong tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaiktaraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar,Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.

Projek landasan keretapi berkembar elektrik antara Seremban dan Gemas akan berlakunya perpindahan stesen Pulau Sebang dan Batang Melaka. Stesen KTMB Pulau Sebang yang baru akan dipindahkan kira-kira 300 meter ke arah selatan stesen sekarang dan dilengkapi dengan perhentian bas dan teksi. Apabila siapnya kelak kemungkinan akan dinamakan Pulau Sebang Sentral. Manakala stesen Batang Melaka akan dipindahkan beberapa meter sahaja ke arah utara dari stesen sekarang supaya stesen yang baru itu terletak dalam Negeri Melaka.Pernah adanya landasan keretapi dari Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka sebelum Perang Dunia II, tetapi ia telah dibuka oleh tentera Jepun untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut di Burma dan tidak pernah dibina semula selepas peperangan walaupun bekasnya masih tertinggal. Pihak KTMB sedang menjalankan kajian yang serius atas permintaan Kerajaan Negeri Melaka untuk membuka semula laluan keretapi dari Tampin/Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka melalui program landasan berkembar elektrik. Pada dasarnya pihak KTM bersetuju untuk membina landasan keretapi elektrik ke Melaka sehingga Batu Berendam sahaja. Laluannya dari Pulau Sebang melalui Kg. Arongan, Tg Rimau, Gadek, Seri Pengkalan ,Alor Gajah, Melaka Pindah, Durian Tunggal, Kg. Gangsa dan berakhir di Batu Berendam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

Kerajaan negeri Melaka lebih tertarik jika landasan ini dapat dipanjangkan sehingga Melaka Sentral. KTM tidak mempunyai masalah untuk memanjangkan landasan ke Melaka Sentral sejauh 5 kilometer lagi dari Batu Berendam asalkan pihak kerajaan negeri dapat menyelesai isu pengambilan tanah yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi antara Batu Berendam ke Melaka sentral, sistem jalan raya yang sedia ada perlu diubah suai. Laluan antara Tampin/Pulau Sebang ke Batu Berendam tidak menghadapi masalah kerana tanah-tanah itu merupakan tanah rizeb KTM dan penduduk sepanjang bekas laluan keretapi itu tahu status tanah yang didudukinya itu merupakan Tanah TOL. Projek ini jika diluluskan kerajaan pusat akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kerja-kerja mengukur tanah bekas jalan keretapi lama antara Pulau Sebang dan Bandaraya Melaka sudah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjug Malaysia. Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia hari ini. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral. Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan carter dari kawasan sekitar.Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses naik taraf dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak peswat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.

Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.



No comments: