22 April 2011

Air Panas Gadek

 GADEK HOT SPRING 


Dihadapan pintu gerbang Air Panas Gadek...



Selain berkelah di pantai, bermandi manda di kawasan yang mempunyai sumber air panas dari bawah tanah juga kini bukan lagi sesuatu yang asing di kalangan masyarakat negara ini.
Sama seperti yang terdapat di beberapa negeri lain, Kolam Air Panas Gadek di sini juga menjadi pilihan utama keluarga atau pengunjung untuk meluangkan masa lapang atau sewaktu cuti hujung minggu.

Sejarah kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek'menyiasatnya' selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut.
Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.
Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah.


Kolam Air Panas Gadek terletak 25 kilometer dari Bandaraya Melaka menerusi laluan ke Tampin, merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah.

Bukan sekadar itu, kolam air panas ini diyakini dapat memulih kesihatan pesakit seperti mengeringkan kesan luka dan bagi mereka yang lumpuh ,air panas ini dapat membantu kelancaran aliran darah.





Air Panas Gadek ni dibuka 24jam, Pukul 3 pagi pun ada orang datang mandi...




Antara kolam yang ada untuk merendamkan kaki..




Dilengkapi dengan dua buah kolam utama dan lapan buah kolam mini, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.
Jika dahulu kolam ini hanya beroperasi pada pukul 7 petang hingga 12 tengah malam, tetapi kini, waktu beroperasinya dilanjutkan 24 jam .

Sejak ia diswastakan pada 2002, pengurusan Kolam Air Panas Gadek diambil alih daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) oleh Arus Rahmat Sdn. Bhd.
Sejak 2008, kerja naik taraf kolam ini sudah dipertingkatkan.

Awal Februari ini pula, pengunjung bukan sahaja boleh menikmati dua kolam di kawasan asal kolam tersebut bahkan boleh mandi di dalam dua buah kolam air panas utama di kawasan berkenaan.
Pengurus Arus Rahmat Sdn. Bhd., Aznor Affendy berkata, pihaknya sudah membina satu lagi fasa kolam baru yang akan dibuka awal Febuari ini.
Fasa kolam terbaru ini meliputi lapan kolam baru yang beratapkan daun nipah dan empat kolam mini bagi merendam kaki sahaja.
Selain itu, kita turut mendirikan dua bangunan untuk kemudahan spa keluarga yang dilengkapi dengan bilik persalinan.
Pihaknya turut menyediakan sebuah kiosk dan restoran bagi membantu usahawan tempatan.
Selain menerima pengunjung tempatan, kolam Air Panas Gadek juga terkenal di kalangan pelancong dari luar negara.

Sambutan yang baik ini sekali gus dapat membantu usahawan tempatan dalam meningkatkan jualan produk mereka, pelancong dari Singapura dan China antara yang sering mengunjungi pusat rekreasi ini.

Ketika ini Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Gadek menerima kunjungan purata 2,000 hingga 3,000 pelawat sebulan.


Pelancong tempatan lebih popular di kalangan pelajar khususnya pada waktu lewat malam, hinggakan ada yang terpaksa beratur untuk menggunakan kemudahan kolam air panas.
Pembukaan fasa kolam baru ini diharap akan memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Bagi proses pembersihan air kolam tersebut, mereka mempunyai tiga pam untuk membersihkannya.
Pengunjung tidak perlu bimbang mengenai tahap kebersihan air di kolam kerana ia dijamin selamat dan bersih.
Saya percaya sumber asli ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan tempat ini menjadi tempat kegemaran saya sejak dulu lagi.
Kemudahan yang disediakan pihak pengurusan di sini adalah lengkap dan yang penting kebersihannya sentiasa dijaga,

Kolam Air panas Gadek boleh dikatakan sebagai yang terbaik berbanding kolam-kolam lain.



Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah dikunjungi semua lapisan masyarakat dan dibuka 24 jam setiap hari..




No comments: