13 April 2011

Kerajaan Negeri Melaka

gotomelaka.blogspot.com 
Negeri Melaka ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Exco) sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan. Bagi pentadbiran, Melaka dibahagikan kepada empat daerah di bawah majlis daerah(PBT) masing-masing, iaitu:-

  • Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
  • Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
  • Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.



Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka



Nama
Mula berkhidmat
Tamat berkhidmat
Tun Leong Yew Koh
31 Ogos 1957
31 Ogos 1963
Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf
31 Ogos 1963
30 Ogos 1971
Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid
31 Ogos 1971
9 Mei 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan
23 Mei 1975
30 Nov 1984
Tun Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin
4 Dis 1984
3 Jun 2004
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob
4 Jun 2004
3 Jun 2008


No comments: