22 June 2012

UTC Melaka


Pusat Transformasi Bandar




UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Center atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

UTC juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategi antara pelbagai agensi Kerajaan termasuk penglibatan pihak swasta.

Kewujudan UTC Melaka yang menjadi ikon kebanggaan rakyat bakal memberikan tranformasi besar kepada lokasi sekitar Jalan Hang Tuah menerusi pelbagai aktiviti yang mampu memberi limpahhan rezeki tambahan kepada rakyat.

Selepas ini Jalan Hang Tuah dan sekitarnya akan terus 'hidup' dengan berbagai aktiviti. Pelbagai aktiviti sedang dirangka termasuk Pasar Tani Mega dan Pasar Malam Mega di perkarangan UTC Melaka.

UTC Melaka diharap menjadi model atau ikon terbaik yang akan memberikan perkhidmatan lebih berkualiti kepada rakyat oleh 72 agensi kerajaan, pihak swasta, dan NGO yang bernaung di bawah satu bumbung.

Jika sebelum ini rakyat perlu pergi ke beberapa lokasi berasingan dengan jarak yang agak jauh dan tempoh masa yang agak panjang, tapi di UTC Melaka semua perkhidmatan ada. Semua urusan jadi lebih mudah. Nak beli barang keperluan. Kedai Rakyat 1 Malaysia Malaysia pun ada, nak tukar kad pengenalan baru, kaunter JPN juga ada disini. Hendak dapatkan rawatan perubatan, UTC Melaka juga sediakan Klinik 1 Malaysia. UTC Melaka diharap mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat...

UTC Melaka menempatkan 72 organisasi melibatkan agensi kerajaaan, swasta serta NGO menyediakan 10 kluster.


10 KLUSTER UTC :
1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan




SENARAI AGENSI / PERKHIDMATAN DI UTC MELAKA :


Aras Bawah
1. Kafeteria UTC
2. Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
3. ATM / CDM
4. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
5. Klinik 1 Malaysia


Aras 1
1. Kementerian Pembangunan Waniata, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
3. Tabung Haji (TH)
4. SME Bank
5. FAMA
6. Bank Rakyat


Aras 2
1. Jabatan Imegresen Malaysia
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
5. Biro Pengaduan Awam (BPA)


Aras 3
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
2. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
3. Tekun Nasional Berhad
4. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
5. Telekom Malaysia (TM)
6. Pos Malaysia
7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
9. E-Perolehan
10. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
11. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
12. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka (PPSPPA)


Aras 4
1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
2. Kementerian Sumber Manusia (JPK/JTM/JOB MALAYSIA/PTPTK)
3. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Aras 5
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
2. Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
3. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)
4. Unit Kerajaan Tempatan Melaka (UKT)
5. Majlis Keselamatan Negara (MKN)
6. Majlis Sukan Negara (MSN)
7. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
8. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
9. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
10. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
11. Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
12. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
13. Unit Pembela dan Pembangunan Desa dan Pemantau Adun (UPPD)
14. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN)
15. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEIM)
16. Pusat Zakat Melaka (PZM)
17. Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah
18. Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin
19. Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah
20. Gotomelaka.blogspot.com Invest Melaka Sdn Bhd
21. Bahagian Promosi Pelancongan (BPP)
22. Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka (PTG)
23. Jabatan Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM)
24. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)
25. Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM)
26. Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MBGM)
27. Sahabat Belia Negeri Melaka
28. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
29 Yayasan Melaka (YM)


Aras 6
1. Cybercafe (CC)
2. Perpustakaan
3. Tuition Center


Aras 7
1. Lot-lot Perniagaan (Entrepreneur Center)


Aras 8
1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
2. Youth Centre
3. Fitness Centre
4. Music Centre


Aras 9
1. Yayasan DMDI
2. DMDI Finance
3. Bilik Mesyuarat
4. Bilik Perbincangan
5. Bilik Seminar
6. Surau Lelaki & Wanita




UTC MELAKA, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA.

20 June 2012

Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan

Wordless Wednesday


Memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan... makan..!!





Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

15 June 2012

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Mampu urus Airbus 320


Pendaratan percubaan oleh Pesawat Airbus 320 Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)...



BATU BERENDAM, MELAKA. 15 Jun Pendaratan percubaan oleh Pesawat Airbus 320 Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) kira-kira jam 2.30 petang tadi membuktikan bahawa LTAM mampu menguruskan semua jenis pesawat yang melakukan pendaratan di lapangan berkenaan. 

Walaupun pesawat milik Air Asia hanya melakukan pendaratan percubaan, namun ia membuktikan LTAM mampu menguruskan semua pesawat termasuk Airbus. 

Mungkin selepas ini Air Asia berhasrat singgah ke Melaka kerana LTAM memiliki segala kemudahan yang diperlukan oleh semua jenis pesawat, selepas kejayaan pendaratan percubaan pesawat Airbus 320 yang dikendalikan oleh Kapten Rejesh Gill dan dibantu oleh Kaptan Aaron Louis.


Mohd Ali Rustam bersama Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Ghazale Mohamad turut meluangkan masa masuk ke kokpit pesawat berkenaan yang tiba menerusi penerbangan khas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang.




Sementara itu jurucakap Malaysia Air Port Berhad (MAB) memberitahu, pendaratan percubaan oleh pesawat milik Air Asia itu adalah sebagai alternatif lokasi pendaratan kepada pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu sekiranya berlaku ‘cuaca buruk’.


LTAM menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tangki mengisi minyak untuk pesawat berkapasiti besar…

Mohd Ali Rustam dan Ghazale bergambar kenangan bersama krew Air Asia dan petugas-petugas LTAM…




11 June 2012

Karnival Kerjaya

Pesta Sungai Tumpuan Pencari Pekerjaan 


Karnival Kerjaya turut diadakan sempena Pesta Sungai Melaka 2012 di Dataran Sungai Melaka...


Melaka Bandaraya Bersejarah, 10 Jun – Karnival Kerjaya sempena Pesta Sungai Melaka 2012 yang diadakan di Dataran Sungai Melaka turut menjadi tumpuan pengunjung, khususnya mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta.

Sebanyak 17 kaunter dibuka sempena Karnival Kerjaya anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Jabatan Ketua Menteri, selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 Jun 2012.

Penganjurannya bertujuan memberi peluang kerjaya kepada orang ramai terutama lepasan sekolah dan universiti / IPT mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki.

Antara agensi yang terlibat dengan karnival berkenaan ialah:-

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JKM
3. Bahagian K-Ekonomi JKM
4. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
5. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
6. Pejabat MARA Negeri Melaka
7. Planetarium Melaka Sdn Bhd
8. Syarikat Pemasaran Negeri Melaka
9. DMDI Finance House
10. Invest Melaka
11. Biro Pengaduan Awam
12. Jaya Jesco Bandaraya Melaka (AEON)
13. Bank Simpanan Nasional
14. TM 
15. CSC Steel
16. MARUWA dan
17. Honda Malaysia Sdn Bhd



02 June 2012

Pesta Sungai Melaka 2012


Pesta Sungai Melaka 2012 Edisi Keenam anjuran Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah membuka tirainya, 1 hingga 30 Jun ini.

Pesta yang berlangsung selama sebulan di beberapa lokasi seperti
Dataran Sungai Melaka, Taman Rempah, Dataran Pengkalan Rama dan Dataran 1Malaysia, Klebang bakal menyajikan lebih daripada 80 acara menarik.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharom Majid berkata, segala persiapan telah dibuat dan PPSPM telah mengatur pelbagai acara menarik dan padat yang bakal menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang sebulan ia diadakan.

Menurutnya, PPSPM yakin sasaran 500,000 pengunjung mampu dicapai terutamanya sewaktu musim cuti persekolahan selama dua minggu yang bermula Jumaat lalu.

Pelbagai acara kali ini disusun lebih menarik dan teratur kerana hampir kesemua agensi kerajaan negeri, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan institusi pengajian tinggi (IPT) turut serta menganjurkan aktiviti masing-masing.

Pelbagai acara yang diatur berlangsung pada hari biasa dan lebih menarik sewaktu cuti hujung minggu bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.

Beberapa acara yang diatur untuk tahun ini mendapat penyertaan peserta dari luar negara seperti pertandingan badang, perahu naga, bot kawalan jauh dan tarian singa. Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan ialah PortugalBelandaUnited Kingdom dan beberapa negara Asia.

Lima artis terkenal tanah air bakal memeriahkan acara pembukaan Pesta Sungai 2012 yang akan diadakan di Pengkalan Rama 8 Jun ini.

Artis yang dijangka membuat persembahan itu ialah penyanyi popular era 90-an, Francesca Peter; juara AF7, Hafiz; naib juara rancangan One In A Milion 2008, Shila Amzah dan penyanyi 60-an, J. Sham.

Kehadiran lima artis berkenaan bakal memeriahkan upacara pembukaan Pesta Sungai 2012 yang akan berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 30 Jun ini.

Upacara pembukaan tahun ini kita ubah ke tempat lain iaitu di kawasan lapang di Pengkalan Rama dan bukannya di Taman Rempah seperti sebelum ini.Perubahan baru tempat majlis perasmian dibuat bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk datang menyaksikan pembukaan Pesta Sungai kali ini.

Kerja-kerja meratakan kawasan tapak majlis perasmian pesta berkenaan sedang giat dijalankan manakala pentas utama artis membuat persembahan berada di seberang sungai berhadapan tempat duduk kenamaan.

Majlis perasmian akan dilakukan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Maskot Pesta Sungai Melaka 2012...

Persiapan rapi telah dibuat dan ada beberapa elemen kelainan yang akan dibuat bagi memeriahkan lagi majlis perasmian pesta kali ini.

Sehubungan itu Baharom meminta orang ramai untuk hadir beramai-ramai menyaksikan majlis perasmian di Dataran Pengkalan Rama yang terletak bersebelahan Taman Rempah.

Jadual Pesta sungai Melaka 2012...

Antara acara menarik bakal menjadi tumpuan sepanjang sebulan pesta itu berlangsung seperti Melaka Idol, Bintang Pop Yeh Yeh, perarakan beca berhias, bot berhias, Melaka Parade, pertandingan memancing, Forum Perdana, Bintang Asli, deklamasi puisi, persembahan kebudayaan, pertunjukkan bunga api dan sebagainya.

Orang ramai tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikan kesemua acara pesta yang diadakan nanti.

Dijangka lebih 5,000 orang bakal hadir menyaksikan majlis perasmian pesta kali ini.

Sebanyak 40 bot penumpang turut disediakan di jeti Sungai Melaka bagi membawa pelancong mengelilingi sungai berkenaan untuk menikmati panorama sepanjang 45 minit perjalanan.

Pesta ini berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung tahun lepas dan jumlah itu diyakini bertambah tahun ini