15 June 2012

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Mampu urus Airbus 320


Pendaratan percubaan oleh Pesawat Airbus 320 Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)...



BATU BERENDAM, MELAKA. 15 Jun Pendaratan percubaan oleh Pesawat Airbus 320 Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) kira-kira jam 2.30 petang tadi membuktikan bahawa LTAM mampu menguruskan semua jenis pesawat yang melakukan pendaratan di lapangan berkenaan. 

Walaupun pesawat milik Air Asia hanya melakukan pendaratan percubaan, namun ia membuktikan LTAM mampu menguruskan semua pesawat termasuk Airbus. 

Mungkin selepas ini Air Asia berhasrat singgah ke Melaka kerana LTAM memiliki segala kemudahan yang diperlukan oleh semua jenis pesawat, selepas kejayaan pendaratan percubaan pesawat Airbus 320 yang dikendalikan oleh Kapten Rejesh Gill dan dibantu oleh Kaptan Aaron Louis.


Mohd Ali Rustam bersama Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Ghazale Mohamad turut meluangkan masa masuk ke kokpit pesawat berkenaan yang tiba menerusi penerbangan khas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang.




Sementara itu jurucakap Malaysia Air Port Berhad (MAB) memberitahu, pendaratan percubaan oleh pesawat milik Air Asia itu adalah sebagai alternatif lokasi pendaratan kepada pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu sekiranya berlaku ‘cuaca buruk’.


LTAM menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tangki mengisi minyak untuk pesawat berkapasiti besar…

Mohd Ali Rustam dan Ghazale bergambar kenangan bersama krew Air Asia dan petugas-petugas LTAM…




No comments: