11 January 2012

The New York Times

listed Malacca in “45 Places to Go 2012”

___________________________________________________________

A World Heritage site ramps up its tourism options.


With its lantern-lighted canals and silent, narrow streets lined with decades-old ornate temples and shop houses, few places in Southeast Asia conjure romantic images of the past as effectively as Malacca, Malaysia’s oldest city. A former Portuguese, Dutch and British colony, this Unesco World Heritage site is now attracting record numbers of tourists lured by its unusual architecture and cuisine, which reflect centuries of foreign influences...



___________________________________________________________
====================================================




Laporan The New York Times
- Lonjak Melaka di Peta Dunia

Melaka yang disenaraikan antara 45 tempat menarik untuk dikunjungi tahun ini oleh akhbar berpengaruh The New York Times adalah sebagai satu lagi pengiktrafan dunia kepada negeri ini.

Melaka yang disenaraikan di tempat ke 28 dari 45 lokasi menarik dilawati, merupakan satu lagi pengiktirafan dunia kepada pencapaian Melaka dalam bidang pelancongan khususnya dalam keceriaan menjaga kawasan-kawasan warisan lama yang masih lagi hidup terdapat di negeri ini.

Ucapan terima kasih kepada The New York Times kerana telah menyenaraikan Melaka sebagai salah satu daripada 45 destinasi pelancongan yang perlu dilawati sepanjang tahun 2012 ini.

The New York Times antara lain memuji keindahan Melaka, terutama apabila menyusuri Sungai Melaka yang  diterangi dengan sinaran lampu-lampu tanglung, jalan-jalan yang dipenuhi bangunan dan deretan kedai warisan dunia.

Ia juga memaparkan keindahan seperti di Melaka itu yang mengembalikan suasana romantic pada masa lalu yang jarang terdapat di kawasan-kawasan negara di Asia.

Di bawah tajuk, “The 45 Places to Go in 2012”, The New York Times melaporkan Melaka, sebagai sebuah   Bandaraya Warisan Dunia UNESCO  berjaya menarik pelancong melalui senibinanya yang luar biasa dan makanan yang diwarisai oleh pengaruh asing sejak zaman berzaman.

Laporan mengenai Melaka itu juga menyentuh peninggalan sejarah Belanda pada kurun ke-17, Jonker Street dan pelbagai sajian masakan, seperti Nyonya Laksa, adalah berita kedua paling popular dibaca oleh pembaca The New York Times, pada hari terbabit.

Mohd. Ali menjelaskan, kawasan-kawasan berkenaan meliputi sepanjang Sungai Melaka dan kawasan Jonker Walk, diberi perhatian oleh pengunjung setelah Melaka diikitiraf di peringkat UNESCO.

Mereka datang dan melihat apakah selepas mendapat pengiktirafan tersebut kita membiarkan sahaja, rupanya apa yang kita capai telah menarik perhatian mereka.

Kita pun telah melakukan banyak lagi melalui nilai-nilai tambahan, termasuk Sungai Melaka yang turut ditulis juga dalam laporan itu dengan panjang.

Keceriaann pada malamnya dengan limpah cahaya lampu yang baik boleh memberikan kegembiraan kepada para pelawat.

Dengan Laporan ini jumlah pelancong ke Melaka akan terus bertambah pada tahun 2012 dan kerajaan negeri terus berazam mempertahankan lagi kedudukan warisan ini.

“Kita akan membuat nilai-nilai tambah yang boleh memberikan keceriaan kepada pelancong-pelancong. Saya berharap, orang Melaka akan menjaga tahap kebersihan dan menjaga mutu warisan.

“Kita akan tambah lagi kelebihan-kelebihan yang kita miliki di kawasan persekitaran yang masih lagi belum menyertai seperti lorong-lorong lain yang belum berkembang pesat, selain Lorong Hang Jebat atau Jonker Walk,” jelasnya.

Belaiu juga percaya dengan pelbagai pelbagai pembaikan lagi, akan membuat Melaka boleh bertahan lama sebagai destinasi popular dunia.

Kita pun tak jangka yang kita dapat masuk dalam ‘listing’ dunia oleh akhbar terbabit yang merupakan akhbar kedua teramai dibaca oleh orang ramai seluruh dunia.

“Pada tahun 2007, juga website ‘lonelyplanet.com’ juga menyarankan Melaka di Malaysia antara satu dari 10 destinasi popular yang patut dilawati dan ini merupakan kali kedua kita dapat dan ianya memberikan lebih besar pengaruhnya.

“Oleh itu, saya berharap, semua warga Melaka berkerja dengan lebih kuat lagi dengan meningkatkan kebolehan kita.

“Menurut beliau, dengan pengiktirafan itu, selain pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi menambah nilai produk-produk pelancongan, Melaka yakin dapat menarik 12 juta pengunjung tahun ini berbanding 11 juta tahun lalu.

Dapatkah Melaka mencapai sasaran 12, 000, 000 pengunjung pada tahun 2012 ini...?






other...  MELAKA tersenarai 10 teratas dalam senarai kawasan pelancongan yang menjadi #trend di dunia menurut laporan akhbar rasmi di Britain




Melaka Bandaraya Warisan Dunia
Melaka World Heritage City UNESCO
Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka Malaysia

No comments: