11 June 2014

Kereta Api Cepat KLIA-Melaka

Rel Kereta Api Pelengkap Pembangunan Di Melaka


Sekiranya ada rangkaian kereta api yang cepat, mungkin pengguna boleh sampai ke KLIA dari Melaka dalam masa kurang daripada 40 minit.


AYER KEROH- Melaka berharap akan mempunyai sambungan rel keretapi ke rangkaian laluan utama bagi kemudahan jaringan dan sistem jalan raya di negeri ini.

Timbalan Exco Pembangunan Industri dan Pelaburan Negeri, Sulaiman Md. Ali berkata, sistem penyambungan jalan raya yang menghubung Melaka dengan laluan utama itu adalah relevan berdasarkan aliran trafik yang semakin sibuk.

Katanya, penyambungan rel ke arah utara, selatan dan timur boleh menjadi alternative dalam sistem jalan raya untuk memudahkan aliran trafik mana-mana kenderaan di jalan dan lebuh raya.

“Mungkin ini adalah satu projek Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) yang boleh dibawa kepada perbincangan serius antara kerajaan Negeri Melaka dan kerajaan Persekutuan.

“Umpamanya, pada masa ini memang tidak ada sambungan rel antara Melaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pengguna terpaksa melalui jalan raya selama kira-kira 2jam.

Jadi sekiranya ada rangkaian kereta api yang cepat, mungkin pengguna boleh sampai ke KLIA dari Melaka dalam masa kurang daripada 40 saatminit.

Sulaiman berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Antarabangsa CILT 2014 Melaka, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka(MITC)

Menurut beliau lagi, CILT turut berupaya merangsang peranan profesional dalam usaha pembangunan dan pengangkutan di Melaka.

“Kami masih memerlukan sistem jalan raya yang betul yang bebas daripada kesesakan termasuk peruntukkan rangkaian pengangkutan untuk kegunaan orang awam.

“Ini termasuk juga sebuah pelabuhan maritim yang akan memudahkan pemindahan kargo antarabangsa sekali gus bertindak sebagai pusat logistic utama di sini dan negeri-negeri di sekitarnya.

“Saya percaya persidangan CLIT ini sesungguhnya sangat tepat pada masanya ketika kerajaan Negeri Melaka sedang memulakan pertumbuhan ekonomi dengan banyak projek yang dirancang dan dicadangkan pada masa akan datang,” katanya sambil menambah khidmat profesional CILT akan membantu kerajaan negeri merangka perancangan bertaraf dunia.

Hadir sama Presiden CILT Antarabangsa, Dr. Dorothy Chan, Timbalan Presiden CILT Malaysia, Dr. Rosli Azad Khan dan Ketua Pegawai Operasi Penang Port, Datuk Niana Merican.

Turut hadir Pengarah Presiden QBE Pool Indonesia, Aziz Adam Sattar, Pengarah Urusan Seloga Holding, Datuk Rosli Sharif dan Pengarah Eco Port UK, Julian King.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 

 KLIA-MELAKA


Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City