23 January 2013

Sesi Kopi Tarik Bersama DAR Di Seri Bendahara

Wordless Wednesday

Semasa Sesi Kopi Tarik Bersama YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam(DAR) 
Ketua Menteri Melaka, di Dewan Seri Bendahara,
Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka



Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City @ gotomelaka.blogspot.com

09 January 2013

At Seri Bendahara Ayer Keroh Melaka

Wordless Wednesday

At The White House di Dewan Seri Bendahara, Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka...


Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City @ gotomelaka.blogspot.com

02 January 2013

PTG & PBT Diarah Tubuh Unit Pantau Pembinaan Rumah Kos Rendah

Senarai Hitam Pemaju Yang Engkar - Mohd Ali
Kamarudin menyerahkan fail tugasan kepada Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah(YDP MPAG) yang baru 2013 sambil disaksikan Mohd Ali dan Othman

AYER KEROH, MELAKA- Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disaran menubuhkan Unit Memantau Pembinaan Rumah Kos Rendah (Penyenaraian Hitam) bagi memantau pemaju swasta yang gagal menyediakan projek pembinaan rumah kos rendah di kawasan yang dibangunkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kontraktor-kontraktor yang engkar melaksanakan pembinaan rumah kos rendah perlu disenarai hitamkan supaya syarikat berkenaan tidak diberi peluang untuk melaksanakan projek baru di masa hadapan.

"Ini kerana, terdapat kontraktor yang tidak menepati syarat, mereka tidak akan diberikan layanan bagi kelulusan pelan-pelan baru kerana akibat tindakan mereka ini ianya sekaligus menidakkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

"Kita mesti mempunyai disiplin dalam membantu golongan berpendapatan rendah, jika tidak akhirnya nanti, orang kaya akan terus menggunakan kelemahan-kelemahan pentadbiran bagi mengumpul kekayaan dan golongan berpendapatan rendah tertekan," tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Angkat Sumpah Terima Perlantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua & Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka Tahun 2013 di Dewan Seri Negeri di sini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Ahli-Ahli Exco kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.

Mohd Ali memberitahu, Datuk Bandar, Yang Dipertua dan ahli majlis PBT yang mengangkat sumpah terima pelantikan bagi sesi 2013 untuk melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Menurutnya, penglibatan ahli majlis PBT yang dilantik adalah untuk mewakili kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat.

"Ahli majlis dianggap sebagai orang perantara antara masyarakat setempat dan pihak kerajaan di mana mereka dapat menyalurkan kehendak serta maklum balas dan hasrat kerajaan kepada masyarakat.

"Lebih penting, semua pelaksanaan polisi kerajaan harus dimaklumkan kepada masyarakat setempat agar mereka diberi kefahaman agar tidak menimbulkan sebarang keraguan," ujarnya.

Mohd. Ali berharap semua ahli majlis yang dilantik itu dapat berusaha meneruskan legasi sebagai sebuah PBT yang mampan berdasarkan laporan jaringan petunjuk bandar tersebut.

Sementara itu, Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam(DMDI), Abu Bakar Abdul dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka(MPAG) yang baru menggantikan Kamaruddin Md. Shah yang ditukar ke Perbadanan Hang Tuah Jaya.

Abu Bakar.. mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka(YDP MPAG) tersebut bagi sesi 2013 di hadapan Mohd Ali.

Turut mengekalkan jawatan masing-masing ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB), Datuk Zainal Abu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Hussin.

Seramai 28 muka baru ahli majlis PBT turut mengangkat sumpah terima lantikan terdiri daripada MPAG(10), MBMB (6), MPJ (11) dan MPHTJ (1).

Sementara itu Abu Bakar, 60, ketika ditemui melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan dua minggu lalu mengenai keputusan mesyuarat Exco untuk melantiknya sebagai Yang Dipertua MPAG yang baru.

"Saya memang tidak menjangka akan dilantik ke jawatan ini namun saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri atas kepercayaannya terhadap saya,'' katanya.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengurus Besar Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dari 2006 hingga 2010 dan selepas itu menerima jawatan sebagai Pengurus Besar DMDI dari 1 Januari 2011 hingga sekarang.

Abu Bakar berkata, beliau memberi jaminan untuk melaksanakan tanggungjawab yang sebelum ini diuruskan oleh Kamaruddin bagi meneruskan legasi di Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka (MPAG).

Ujarnya, perkara pertama yang akan dilaksanakan selepas pelantikan itu ialah berjumpa dengan kakitangan MPAG, pemimpin masyarakat, peniaga, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk di Alor Gajah.

“Melalui pertemuan ini sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui masalah-masalah yang dihadapi mereka sebelum sebarang tindakan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan,'' ujarnya.

Pegawai Daerah Melaka Tengah, Rosnani Latif mengetuai Ahli Majlis PBT MBMB(Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) mengangkat sumpah jawatan

Pengarah PTG Melaka, Datuk Roslan Ibrahim mengetuai majlis angkat sumpah Ahli Majlis PBT MPHTJ(Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya)


Datuk Bandar, Yang Dipertua & Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) Negeri Melaka Tahun 2013

Yang Dipertua & Ahli Majlis MPJ (Majlis Perbandaran Jasin) 2013

Yang Dipertua & Ahli Majlis MPAG (Majlis Perbandaran Alor Gajah) 2013

Yang Dipertua & Ahli Majlis MPHTJ (Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya) 2013

Datuk Bandar & Ahli Majlis MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) 2013



Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com

Hotel Renaissance Melaka

Kini Dikenali Ramada Plaza Melaka

Ramada Plaza Melaka di Jalan Bendahara Melaka, Malaysia

BANDARAYA MELAKA- Renaissance Hotel Melaka telah dijenama semula kepada Ramada Plaza Melaka mulai 1 Januari 2013.

Hotel lima bintang berusia 28 tahun itu telah diambil alih oleh kumpulan Marriott International yang memiliki sebanyak 7,100 buah hotel, merangkumi 65 buah negara.

Ramada Plaza merupakan hotel pertama di Malaysia dari kumpulan Hotel ‘Whyndham’ yang terkenal di dunia.

Pembukaan hotel dengan jenama dan logo baru ini merupakan produk pelancongan yang membantu mempromosi Melaka di luar negara

Terkenang sewaktu mengadakan majlis di Renaissance Melaka Hotel...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

01 January 2013

Resepi Baba Nyonya

KARI AYAM TANPA SANTAN
 Resipi Baba Nyonya Kari Ayam Tanpa Santan

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan
toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba's
Air secukupnya
1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup


BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih


CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan
tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis hingga
garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah
kari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit
minyak. Kacau selalu.

2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah
tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya.
Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam jika guna. Tambah asam
gelugor dan masak hingga kentang empuk.

3. Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap
lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah
dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh
hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti..



Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com