BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan
toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba's
Air secukupnya
1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan
tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis
hingga
garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah
kari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan
terbit
minyak. Kacau selalu.
2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan
rempah
tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul .
Tuang air secukupnya.
Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam jika guna. Tambah
asam
gelugor dan masak hingga kentang empuk.
3. Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap
lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato
belah
dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh
hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti..
Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com
1 comment:
Nice Entry... Malacca The Best !
Follow Me Back....
http://akaahaara.blogspot.com/2013/01/panglima-perang-penjual-minyak.html
Post a Comment