05 December 2012

Showcase SDSI 2012


Showcase Satu Daerah Satu Industri 2012
Showcase SDSI.. Dari Malaysia Ke Persada Dunia...

Latar Belakang SDSI
PENGENALAN
  1. Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI yang unik dari seluruh Malaysia. Program ini adalah salah satu usaha untuk memasar dan mempromosikan keluaran SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa.
  2. Showcase SDSI merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selaras dengan peranan Kementerian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Promosi, Pemasarandan Pembangunan Keusahawanan SDSI di bawah Jawatankuasa Penyelarasan SDSI Peringkat Kementerian yang diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
  3. Program ini dianjurkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka sejak tahun 2006 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. Berikut adalah jadual penganjuran program dari tahun 2006-2011:

BIL.
TAHUN
TARIKH
DIRASMIKAN OLEH
LOKASI
1.
2006
6-8 April
YAB Timb. Perdana Menteri
MITC, Melaka
2.
2007
5-7 Julai
YAB Timb. Perdana Menteri
MITC, Melaka
3.
2008
7-9 Nov
YAB Ketua Menteri Melaka
MITC, Melaka
4.
2009
11-13 Dis
YAB Timb. Perdana Menteri
MITC, Melaka
5.
2010
10-12 Dis
YB Menteri MITI
MITC, Melaka
6.
2011
9-11 Dis
YB Timb. Menteri 
(Perdagangan), MITI
MITC, Melaka
Jadual: Penganjuran Showcase SDSI Peringkat Nasional dari tahun 2006-2011



OBJEKTIF PROGRAM

Objektif penganjuran Showcase SDSI adalah untuk:
  1. Membantu dan memudahkan pemasaran produk/perkhidmatan SDSI yang berkualiti;
  2. Meningkatkan imej produk/perkhidmatan SDSI;
  3. Memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti; dan
  4. Mewujudkan dan memperluaskan rantaian perniagaan (networking) di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis, pengimport, hypermarket dari dalam dan luar negara.


MAKLUMAT PROGRAM

Showcase SDSI kali ke-7 pada tahun ini akan dianjurkan seperti berikut:
Tarikh : 7 - 9 Disember 2012 (Jumaat - Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam (terbuka kepada orang ramai dan pembeli perdagangan)
Tempat : Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka
Perasmian : 8 Disember 2012 (Sabtu), disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri(Menteri MITI) YB Datuk Seri Mustapha Mohamad.




MANFAAT PROGRAM

  1. Memperluaskan jaringan perniagaan (networking) dan mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi business matching.
    • Manfaat program bagi para usahawan dan bakal usahawan:
    • Pusat sehenti atau one stop center (OSC) bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan secara terus daripada Kementerian/agensi Kerajaan yang turut menyertai pameran ini;
    • Memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan menerusi seminar yang dianjurkan; dan
    • Memperluaskan jaringan perniagaan ( networking ) dan mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi business matching.
  2. Manfaat program bagi orang ramai:
    • Berpeluang melihat dan membeli pelbagai produk/ perkhidmatan keluaran industri desa yang berkualiti tinggi dari seluruh Malaysia di bawah satu bumbung; dan
    • Menyertai pelbagai aktiviti ilmiah dan hiburan berbentuk riadah yang dianjurkan.


Info Program SDSI
TUJUAN

Arahan ini bertujuan memantap dan menggariskan mekanisme serta rangka kerja pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) ke seluruh negara.

Program ini perlu dilaksanakan secara lebih berkesan, selaras dan dijadikan agenda penting bagi agensi-agensi terlibat serta Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada jana kuasa pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.


LATAR BELAKANG

Program Satu daerah Satu Industri telah diperkenalkan sebagai Satu Kampung Satu Produk (SKSP) pada tahun 1992. Pada tahun 1992, program ini dikembangkan menjadi Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan setahun kemudian ditukar kepada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mencakupi skop yang lebih luas.

Pada 8 Disember 2004, Jemaah menteri telah memutuskan agar ICU, JPM bertindak sebagai urus setia dan penyelaras Program SDSI bagi memantapkan jentera pelaksanaan SDSI di semua peringkat. Timbalan Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat di peringkat kebangsaan dari semasa ke semasa dengan kementerian dan agensi yang terlibat bagi menentukan dasar dan hala tuju program ini.


RASIONAL DAN HALA TUJU SDSI

Program SDSI yang dilaksanakan ketikan ini berkonsepkan pembangunan produk atau perkhidmatan beridentitikan satu daerah yang dihasilkan secara komersial untuk menarik minat pelancong ke daerah tersebut. Program ini juga menjurus ke arah pembangunan budaya mesyarakat kreatif dan berinovasi sekaligus memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti.

Konsep baru yang bakal dilaksanakan pula berorientasikan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju serta rantaian nilai tambah ynag tinggi untuk mendapat manfaat sepenuhnya.

Melalui konsep ini, Program SDSI tidak dianggap semata-mata pekerjaan sampingan dan pendapatan tambahan, atau sebahagian daripad aprogram pembasmian kemiskinan, tetapi sebagai salah satu bentuk perniagaan yang menjana potensi/prospek yang menjamin pendapatan berterusan.

Teras utama konsep baru program ini adalah:
- Penyelarasan serta pelaksanaan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengenal pasti satu atau lebih produk atau perkhidmatan utama bagi sesuatu daerah untuk dibangun dan dikembangkan.
- Pemantapan proses perniagaan melalui pewujudan mekanisme pemasaran yang tersusun bertunjangkan maklumat pasaran, penjenamaan dan pengurusan pengeluaran yang berorientasikan perniagaan.

Selain itu, konsep baru Program SDSI ini menggunakan kaedah pengelompokan ( clustering ) bagi menyokong dan menggerakkan keseluruhan rantaian nilai dari peringkat bekalan sumber bahan mentah, tahap pengeluaran dan seterusnya pengedaran dan pemasaran. Pendekatan setiap aktiviti di sepanjang rantaian nilai dalam setiap Program SDSI hendaklah memberikan nilai tambah kepada aktiviti berkenaan.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan pendekatan ini, satu jentera penyelarasan bersepadu dan berkesan yang melibatkan kerjasama penuh antara pihak kerajaan dengan swasta diwujudkan pada pelbagai peringkat yang merangkumi daerah, negeri dan kementerian bagi melaksanakan konsep baru Program SDSI ini.

Pemantauan dan penilaian akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan Program SDSI yang lebih cekap, cepat dan selaras di samping menepati sasaran yang ditetapkan. Pemantauan dan penilaian yang dilakukan bukan hanya normatif tetapi juga menekankan aspek penilaian outcome bagi memastikan program yang dilaksanakan berdaya tahan dan berdaya maju sama ada pada peringkat tempatan atau antarabangsa.



Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2012
Melaka Bandaraya Warisan Dunia @Gotomelaka.blogspot.com

No comments: