06 August 2012

CIQ Melaka

Pintu Masuk Pelancong, Pusat Transit Pekerja Asing

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH Ogos – Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen @ Custom, Immigration & Quarantin (CIQ) bernilai RM72 juta telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2012. 

Kompleks ini dibina bagi memberi kemudahan keluar masuk yang lebih baik kepada penduduk tempatan dan asing di Negara ini.

Ianya bertujuan mengantikan jeti penumpang sedia ada yang telah digunakan sekian lama dan kompleks ini merupakan pintu masuk bagi pengunjung dari Melaka di sebelah Malaysia dengan Dumai di sebelah Indonesia.

CIQ Melaka ini akan beroperasi 24 jam sehari. Kompleks ini menempatkan tujuh jabatan agensi dari skop tugasan yang berlainan.

Terdahulu, Mohd Ali telah meluangkan masa beramah mesra dengan para penumpang Feri Indomal Ekspress 8 iaitu feri pertama yang menggunakan CIQ berkenaan untuk berlepas ke Dumai, Indonesia.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunos Husin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Pantai dan Sungai Melaka (PPPSPM); Datuk Baharom Majid dan Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Mohammad Azlan Jawawi.

Kewujudan Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka di Muara Sungai Melaka yang mula beroperasi sejak 1 Ogos juga telah menyerlahkan imej sebenar Melaka sebagai negeri maju yang memiliki kemudahan serba moden bertaraf antarabangasa.

Selain memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, kini Melaka juga mempunyai kemudahan CIQ yang serba moden dan bertaraf dunia.

Kewujudannya juga turut menyerlahkan imej sebenar Melaka sebagai negeri maju kearah menyediakan sistem perkhidmatan yang lebih selesa, termasuk kepada pelancong.

Sebanyak empat buah feri iaitu dua perjalanan ke Dumai dan dua ke Bengkalis akan beroperasi setiap hari membawa 600 penumpang pergi dan balik.

Ini bermakna, setahun ia menerima kemasukkan 72,000 pelancong dan pekerja. Namun dengan keluasan CIQ ini dan bilangan feri yang akan ditambah, saya yakin ia boleh menampung satu juta(1,000,000) orang setahun ujar Ketua Menteri.

CIQ Melaka akan diuruskan oleh sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan Pantai dan Sungai Melaka (PPPSPM)

Mengenai Jeti Shahbandar yang sebelum ini menjadi pintu masuk pelancong dan pekerja Indonesia ke Negara ini akan dirobohkan. “Saya telah minta Datuk Bandar dan PPPSPM membuat pelan supaya kawasan itu dapat dijadikan pusat perniagaan, sekaligus menarik lebih ramai pelancong ke Melaka,” ujar Mohd Ali. 

CIQ Melaka yang bernilai RM73 juta ini mampu menampung sehingga satu juta pelancong setahun...


@Gotomelaka.blogspot.com

No comments: