Bazar Ramadan Mega di Hang Tuah Mall Melaka
MELAKA- Bazar yang pertama kali diperkenalkan di Jalan Hang Tuah bermula dari Dewan Hang Tuah hingga ke Restoran Subaidah sepanjang Satu kilometer(1 KM) itu menjadi tumpuan orang ramai sepanjang Ramadan ini.
Dihiasi lampu warna-warni di sepanjang gerai menjadikan bazar berkenaan antara daya penarik terbaharu pelancong sepanjang Ramadan ini.
Bazar tersebut diwujudkan hasil idea Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.
Sebanyak 254 khemah menjual pelbagai barangan keperluan harian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri telah mula beroperasi dengan masing-masing menghias gerai untuk menarik minat orang ramai.
Bazar Ramadan Mega yang diperkenalkan ini menggantikan lokasi lamanya di Taman Cempaka dilihat lebih selesa untuk orang ramai berkunjung ke situ.
Antara kemudahan yang disediakan kepada orang ramai ialah 12 tandas awam, surau yang terletak di tempat letak kenderaan berhadapan Restoran Tranquera dan tempat meletak kenderaan di belakang Graha Makmur.
Bazar berkenaan mula dibuka dari pukul 4 petang hingga 2 pagi setiap hari sehingga 8 Ogos.
Bazar Ramadan Mega juga turut menyediakan pelbagai aktiviti hujung minggu seperti ceramah agama, persembahan artis terkenal tanah air, persembahan nasyid dan penampilan Raja Lawak.
Antara barangan keperluan yang dijual di Bazar Ramadan Mega ialah baju kurung, baju kebaya, baju Melayu, songkok, tudung, selendang, kasut, baju T, minyak wangi dan sebagainya. Pelbagai juadah kuih raya daripada tradisional hingga moden turut dijual di sini.
Lokasi ini lebih baik berbanding Taman Cempaka kerana banyak kemudahan untuk pengunjung seperti surau, tempat letak kenderaan dan laluan selesa. Bazar ini cukup selesa dan tidak bersesak-sesak kerana ruang pejalan kaki adalah luas dan bazar ini dihias indah dengan lampu warna-warni.
Keadaan serta suasana bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah nampak lebih meriah.
Antara faktor yang pengunjung boleh lihat ialah keselesaan terdapat dari segi parking khususnya orang ramai punyai tempat untuk bersantai.
Contoh, pengunjung bukan sekadar dapat meninjau pelbagai barangan dijual di sini, tetapi dapat berehat sambil makan atau minum di kedai yang ada di sini selepas penat bersiar-siar atau membeli-belah.
Walaupun masa sudah melewati waktu tengah malam, namun orang ramai masih lagi mengunjungi sepanjang gerai Bazar Ramadan Mega di situ bersama rakan atau keluarga sekali gus memperlihatkan kemeriahan suasana di situ.
Orang ramai membeli-belah di Bazar Ramadan Mega, Jalan Hang Tuah, Melaka. Suasana malam di sekitar Bazar Ramadan Mega Jalan Hang Tuah masih dikunjungi orang ramai walaupun sudah melewati waktu tengah malam
By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City
No comments:
Post a Comment