28 November 2012

Melaka International Rainforest Challenge 2012

350 Peserta Dari 30 Negara
Aturcara/Jadual Program Melaka International Rainforest Chalenge 2012 (RFC'12 Event Schedule

MELAKA- Beberapa lokasi di negeri ini bakal menjadi gelanggang jaguh dunia memburu kejuaraan dalam Melaka International Rainforest Challenge 2012 (RFC’12), membabitkan 350 peserta dari 30 negara yang bakal berlangsung dari 1 hingga 10 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin berkata antara negara yang menyertai pengembaraan hutan hijau sejauh lebih 100 kilometer itu termasuk Venezuela, Colombia, China, Amerika Syarikat, Austria, Denmark, Rusia, Itali dll.

Beliau berkata pasukan terkenal dari Venezuela iaitu Team Azimut yang terdiri daripada Nunzio D. Coffaro Z dan Adolf Josef Maier Chira juga mengesahkan penyertaan mereka.

Melaka International Rainforest Challenge 2012 merupakan satu pengiktirafan besar kepada Melaka yang terkenal sebagai destinasi pelancongan unggul. Melaka juga cukup bertuah kerana dipilih menjadi lokasi terakhir dari 15 siri ekspedisi yang diadakan di seluruh dunia sebelum ini.

Perhimpunan perdana di Dataran 1Malaysia Klebang pada jam 3 petang 1 Disember membabitkan 750 buah kenderaan pacuan empat roda akan menjadi acara kemuncak kepada penganjuran sukan lasak berkenaan, sekaligus akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk penyertaan negara terbanyak bagi sukan lasak pacuan empat roda.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka menyempurnakan upacara pelepasan para peserta pada 2 Disember jam 8 pagi Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, sebelum peserta merempuh laluan mencabar di Bukit Asahan, Hutan Rizab Bukit Senggeh, Hutan Rizab Bukit Sedanan dan berakhir di Teluk Belanga, Kuala Sungai Baru.

Selain membantu menjana ekonomi negeri melalui perbelanjaan hospitaliti, pengendali makanan dan hiburan, acara ini juga memberi publisiti dan promosi kepada Melaka sebagai destinasi pelancongan sukan.

Turut hadir, Penolong Setiausaha Melaka International Rainforest Challenge 2012, Datuk Nur Azmi Ahmad; KPSU (Tadbir), Fairul Zaman Abdul Rahman; Ketua Ekspedisi, Yap Yong Leong dan Pengurus Ekspedisi, Jacky Toh.

Md Yunos bersama Nur Azmi, Mohd Faurul, Yong Leong dan Toh menunjukkan poster Melaka International Rainforest Challenge 2012

Melaka International Rainforest Challenge 2012 akan mendapat liputan meluas dari 15 setesen Televisyen antarabangsa untuk disiarkan di negara masing-masing.

Pihak penganjur juga turut menyediakan beberapa lokasi bagi membolehkan orang ramai melihat secara dekat cabaran yang dilalui oleh setiap peserta seperti di Prolouge SS Dataran 1Malaysia Klebang pada 1 Disember jam 10 pagi- 7 malam atau di Kampung Teluk Belanga, Kuala Sungai Baru.

Sementara itu, Ketua Ekspedisi Melaka International Rainforest Challenge 2012, Yap Yong Leong berkata, kesemua laluan tersebut mempunyai cabaran tersendiri yang bakal menguji kekuatan mental dan fizikal peserta selain memanfaatkan kemahiran yang ada untuk melepasi segala rintangan.

Antara cabarannya ialah jalan licin dan lecak selain kawasan yang berbukit bukau serta paya.

Manakala Pengurus Ekspedisi, Jacky Toh pula memberitahu, Melaka International Rainforest Challenge 2012 (RFC 2012) pastinya bakal memberi pengalaman baru kepada semua peserta kerana di sesetengah lokasi cabarannya begitu hebat sekali.

“Cabaran bergantung kepada keadaan cuaca dan struktur geografi. Namun cabaran hebat pastinya menunggu setiap peserta,” ujarnya.

Pelbagai halangan termasuk laluan berair akan ditempuhi oleh setiap peserta Melaka International Rainforest Challenge 2012

Orang ramai boleh melihat secara dekat cabaran yang akan dilalui setiap peserta di Prolouge SS Dataran 1Malaysia Klebang pada 1 Disember jam 10 pagi- 7 malam

Beberapa lokasi dikenal pasti sebagai laluan paling mencabar

Lokasi yang terbabit dengan Melaka International Rainforest Challenge 2012
Melaka RFC Map 1, Melaka RFC Map 2


Poster Melaka International Rainforest Challenge 2012

About MELAKA WORLD HERITAGE CITY, UNESCO HOSTS RFC 2012

Here’s introducing our host state of Melaka as the venue of RFC 2012, the 15th anniversary year. The state has played its part in assisting Malaysia climbed up to 9th most popular tourist destinations in the world in 2010 (up from 14th position in 2006) with its declaration by UNESCO as a World Heritage City back in July 2008. From 1999 to 2011, it received a total of 71.5 million tourists with an average of nearly 20% growth per annum and average stay of 2.15 nights. It’s history, heritage, culture and art are the attractions to foreign tourists. With historical facts which began ages ago from 1262, it is a place for history lovers. It has a history with the Nusantara, Chinese, Portuguese, Dutch & British which has all created a unique identity for Melaka. Many relics of its past history still stand as proof of its past wealth, culture & heritage of over 600 yrs. It’s multiracial society including the Baba-Nyonya, Eurasian, Portuguese & Chtty are all the symbols of this diversity. You also have a choice of 26 museums & 9 art galleries to soak in its unique features. Besides its invaluable past, the state also has 600 tourism products, world-class hospitality services, tourism infrastructure with modern/convenient transportation system. This year, catch the BIG BANG Opening Ceremony at Memorial Kemerdekaan (Independence Memorial) next to the famous Fort A Famosa at Bandar Hilir right in centre of 15th Century Melaka and the SHOWTIME PROLOGUE SS (4×4 action) at Pantai Klebang (seafront)….all these set to rumble on 1 & 2 Dec (Sat & Sun) with the full support from the State Gov. Welcoming all our fans/supporters, 4×4 enthusiasts, tourists & general public to Melaka..



International Rainforest Challenge 2012 @Malacca World Heritage City
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: