21 November 2012

Hash House Hotel

Popular Di Kalangan 'Backpacker'
ND Hotel di Jalan PM 9, Plaza Mahkota

BANDARAYA MELAKA- Kedudukan Hash House Hotel Melaka dikelilingi pelbagai tarikan pelancongan dan pusat perniagaan kerap menjadi pilihan pelancong, terutamanya 'backpacker' untuk menginap sepanjang mereka berada di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Berkonsepkan butik hotel, Hash House Hotel terletak di Jalan PM 7, Plaza Mahkota Melaka menawarkan 35 bilik penginapan seperti Standard room; Deluxe room; Family 1 dan Family 2.

Selain menawarkan bilik penginapan serba selesa, Hash House Hotel juga menyediakan pelbagai informasi berkaitan produk-produk pelancongan popular di Melaka, di samping beberapa restoran masakan peranakan, asam pedas serta Japanese Layered Cake (Nadeje) yang terletak begitu hampir dengan bilik penginapan.

Maklumat lanjut mengenai Hash House Hotel sila hubungi talian 06-2922299 atau layari www.HashouseHotel.com.

Suasana di family 1 di Hash House



Hash House Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: