15 November 2012

Melaka Straits Hotel

Hotel Butik Batik Yang Pertama Di Malaysia
Melaka Straits Hotel di Jalan Chan Koon Cheng, off Jalan Parameswara

BANDARAYA MELAKA- Berkonsepkan butik hotel, Melaka Straits Hotel pastinya menjadi pilihan anda yang gemar suasana penginapan eksklusif yang menggabungkan ciri-ciri klasik serta mewah.

Melaka Straits Hotel di Jalan Chan Koon Cheng, off Jalan Parameswara, Melaka  yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan 45 bilik penginapan yang menampilkan dekorasi menarik bermotifkan batik serta dilengkapi perabot antik untuk menjadikan penginapan anda cukup bermakna dalam suasana yang serba eksklusif!

Mungkin anda terasa teruja apabila memilih suite room sebagai pilihan bermalam kerana kemudahan yang ditawarkan adalah seperti 5 bintang, dilengkapi jacuzzi tubs dan lain-lain keperluan yang serba serbinya mewah.

Melaka Straits Hotel menyediakan sebuah galeri yang menghimpunkan pelbagai koleksi berharga yang mungkin jarang kita temui di luar.

Apa pun, Melaka Straits Hotel adalah pilihan penginapan paling ideal dan kedudukannya berhampiran Bandaraya Warisan Dunia UNESCO cukup memudahkan anda jalan-jalan ke mana sahaja destinasi tumpuan pelancong.

Merancang percutian ke Melaka dan ingin merasai kelainan penginapan di Melaka Straits Hotel, hubungi talian: 06-2861888 atau email:kippstraits@gmail.com. - gotomelaka.blogspot.com

Suasana di lobi Melaka Straits Hotel yang dihiasi pelbagai koleksi

Coffee maker juga turut disediakan disini

Suasana mewah di Suite Room Melaka Straits Hotel

Suite Room dilengkapi jacuzzi tubs

Selat Restaurants menyajikan beraneka menu tempatan dan antarabangsa

Swimming Pool di Melaka Straits Hotel



Malacca Straits Hotel Melaka, Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: