04 November 2012

BEST WESTERN Wana Riverside Hotel in Melaka Malaysia

Modern Comforts in a Historic Port City
Best Western Wana Riverside Hotel di Jalan Munshi Abdullah terletak di pinggir Sungai Melaka

BANDARAYA MELAKA- Penjenamaan semula Plaza Hotel Melaka yang kini dikenali sebagai Best Western Wana Riverside Hotel terletak di pinggir Sungai Melaka berhampiran Jambatan Hang Tuah, kini bukan sahaja menjadi ikon baru kepesatan pembangunan di lokasi berkenaan bahkan ia merupakan pilihan penginapan yang cukup ideal, selesa dan mendamaikan.

Best Western Wana Riverside Hotel
terletak di lokasi menarik berhampiran
 Jambatan Hang Tuah
Best Western Wana Riverside Hotel yang bertaraf 3 bintang ini, menawarkan 170 bilik penginapan sederhana tapi mewah. Anda mempunyai pilihan sama ada mahu bermalam di Deluxe City View yang menjanjikan panorama sekitar bandaraya warisan dunia yang indah di waktu malam atau di Deluxe River View bagi melihat sendiri kesibukan aktiviti Melaka River Cruise berulang-alik membawa pelancong menyusuri Sungai Melaka penuh bersejarah!

Mahu merasai penginapan yang lebih mewah dan eksklusif, mungkin anda boleh memilih menginap di Family Room; Studio Room atau Executive Room.

Best Western Wana Riverside Hotel juga sering menjadi pilihan bagi penganjuran keramaian kerana kemudahan untuk M.I.CE turut disediakan, selain bilik-bilik mesyuarat untuk tujuan seminar atau pertemuan korporat.

Singgah di Riverside Cafe yang terletak di pinggir Sungai Melaka, jangan lupa menjamah sajian enak seperti ‘Claypot Fish Head Curry’ berserta nasi kukus, acar buah dan papadom bagi promosi sepanjang bulan November ini, atau menikmati sajian lain iaitu menu tempatan atau antarabangsa secara ala-carte.

Best Western Wana Riverside Hotel terletak di Jalan Munshi Abdullah juga memberi peluang kepada anda menjelajah ke sekitar lokasi menarik terutamanya Jonker Walk; Pasar Tani UTC Melaka; mengunjungi rangkaian muzium milik PERZIM; Melaka Taming Sari atau Melaka River Cruise kerana jaraknya terlalu hamper dengan bilik penginapan anda!

Maklumat lanjut Best Western Wana Riverside Hotel hubungi talian 06-2897888 atau layari www.BestWestern.com/www.BestWesternMalaysia.com.

Nikmati sajian enak ‘Claypot Fish Head Curry’ di Riverside Cafe sepanjang bulan November ini

Best Western Wana Riverside turut menawarkan bilik penginapan mewah iaitu
Superior Room

Ballroom di Best Western Wana Riverside Hotel sesuai untuk aktiviti keramaian

 Air pancut berirama (Musical)

Pemandangan dari atas Hotel Best Western Wana Riverside




Search: Melaka River Side Hotel,Malacca,Best Western Wana Riverside Hotel contact number, telephone,address,3 star hotel in Melaka,River Side Hotel,Melaka City,Melaka Accommodation,Best Western Wana Riverside Hotel Melaka review,promotion,Hotel in Melaka Town,Hotel in Malacca

Best Western Wana Riverside Malacca / Melaka Malaysia
Melaka Hari Ini @gotomelaka.blogspot.com

No comments: