25 November 2012

Euro Rich Hotel Melaka

Tawarkan 93 Bilik Eksklusif
Euro Rich Hotel di Jalan PM 13, Plaza Mahkota menawarkan bilik penginapan serba mewah

BANDARAYA MELAKA- Status Melaka sebagai negeri pelancongan unggul ternyata telah memberikan cabaran besar kepada pengusaha industri perhotelan untuk menampilkan pelbagai keunikkan tersendiri, sama ada dari sudut dekorasi dan fasiliti bilik penginapan sebagai tarikan utama untuk menggamit pengunjung bermalam.

Penampilan gaya mewah ala-Eropah adalah antara ciri-ciri kelainan yang ditawarkan oleh Euro Rich Hotel Melaka dengan menyediakan bilik-bilik serba selesa dan eksklusif. Suasana serba mewah dapat anda rasai sebaik melangkah masuk ke lobi Euro Rich Hotel di Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Melaka terletak di lokasi strategik berhampiran pusat bandaraya Melaka yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan warisan serta kemudahan membeli-belah.

Euro Rich Hotel yang bertaraf 2 bintang ini menawarkan 93 bilik penginapan seperti Superior King; Deluxe King; Deluxe Twin; Superior King Plus; Family Junior; Family Junior Plus; Family Quad Room serta Family Premier Extra di mana setiap satunya menawarkan cirri-ciri kelainan yang cukup mengujakan!

Anda juga boleh bersantai di kolam renang eksklusif atau menikmati sajian enak tempatan dan Barat di cafe Euro Rich Hotel, pilihan penginapan ideal jika berkunjung ke Melaka.

Maklumat lanjut mengenai Euro Rich Hotel Melaka sila hubungi talian 06-2883030 atau layari info.Mlk@EuroRichHotel.com atau www.EuroRichHotel.com.

Suasana mewah di Lobi
Euro Rich Hotel menyediakan bilik eksklusif

Cafe turut disediakan bagi kemudahan pelanggan menikmati sajian tempatan dan Barat

Kemudahan kolam renang turut disediakan di Euro Rich Hotel



Euro Rich Hotel Melaka/Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: