12 November 2012

Venus Boutique Hotel Melaka

Tampil Dengan Warna Ungu
Venus Boutique Hotel di Jalan PM 6, Plaza Mahkota

BANDARAYA MELAKA- Dengan menampilkan warna ungu yang dilihat begitu menyerlah sekali, Venus Boutique Hotel yang bertaraf 2 bintang ternyata berbeza dalam penampilan tata rias dalamannya, sehingga menjadikan hotel berkenaan kelihatan begitu eksklusif sekali untuk anda singgah dan rasai sendiri momen indah bermalam, tatakala bertandang ke Melaka.

Dengan menawarkan 48 bilik penginapan sederhana tapi mewah, Venus Boutique Hotel terletak di No.18 Jalan PM 6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia memberikan pilihan kepada anda untuk bermalam sama ada di Standard Room(1 Queen Size Bed); Superior Room(2 Single Beds) atau Family Room(1 Queen Size Bed and 1 Single Bed) kerana caj yang dikenakan cukup berpatutan dari harga sebenar yang anda sangkakan!

Bermalam di Venus Boutique Hotel Melaka, dirasakan anda berada begitu dekat sekali dengan suasana vibrant yang terus mewarnai aktiviti di pusat bandaraya Melaka sama ada mahu membeli-belah, jalan-jalan sambil melihat keunikan warisan berharga di tapak bersejarah UNESCO atau melihat sendiri aktiviti manusia di Jonker Walk iaitu satu lokasi yang makin terkenal di peta pelancongan dunia!

Jarak lokasi tersebut dari bilik penginapan begitu dekat sekali, sekaligus menjadikan Venus Boutique Hotel Melaka pilihan bermalam yang cukup ideal, murah dan eksklusif!

Maklumat lanjut tentang Venus Boutique Hotel, hubungi talian 06-2868111 atau layari www.VenusHotel.com.my /e-mail:reservations@VenusHotel.com.my.

Suasana mewah di Deluxe Standard Room

Pelbagai kemudahan terdapat di Venus Boutique Hotel termasuk set peralatan minuman

Deluxe Family Room di Venus Boutique Hotel

Aspek kebersihan dan keceriaan termasuk di bilik mandi sentiasa diberi keutamaan

Venus Boutique Hotel menawarkan 48 bilik penginapan eksklusif pada caj yang cukup berpatutan

Diantara Tempat Shopping/Membeli-belah di bandar Melaka 
A - Dataran Pahlawan Melaka
B - Mahkota Parade
C - Hatten Square
D - Jonker Walk (Night Market : Friday,Saturday and Sunday only)
E - Pahlawan Walk (Night Market : Friday,Saturday and Sunday only)

  


Venus Boutique Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogpot.com

No comments: