Hotel Pantai Puteri di Jalan Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka menjanjikan penginapan yang pasti mendamaikan
TANJUNG KLING- Kewujudan Hotel Pantai Puteri yang juga
merupakan Hotel Wakaf Pertama di Malaysia tidak sekadar menambahkan lagi ikon
tarikan baru di Pantai Puteri, Melaka bahkan ia kerap menjadi pilihan pelanggan
yang mahukan bilik penginapan yang bercirikan Islam. Hotel Pantai Puteri berharga
RM25.6 juta bertaraf 3 bintang turut menampilkan sentuhan senibina Islam yang
mengabungkan kombinasi arca dan kubah di blok utama hotel setinggi tujuh tingkat berkenaan.
Hotel Pantai Puteri juga merupakan milik bersama Jabatan
Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dilengkapi
dengan kemudahan 87 bilik penginapan seperti Superior ;
Standard: Deluxe dan Suite serta ballroom dan bilik seminar.
Dengan lokasinya yang strategik di kawasan pantai peranginan
Pantai Puteri dan jauh dari kesibukan Bandar raya, ternyata Hotel Pantai Puteri
adalah destinasi pilihan menginap yang cukup mendamaikan dan sesuai bagi penganjuran
seminar dan sebagainya.
Maklumat lanjut mengenai Hotel Pantai Puteri Melaka, hubungi
talian 06-353 5555 atau e-mail: HotelPantaiPuteri@yahoo.com.
Arca menarik sentuhan seni bina kontemporari Islam menghiasi lobi Hotel Pantai Puteri
Susana di bilik Puteri Suites di Hotel Pantai Puteri
Hotel Pantai Puteri turut menawarkan pelbagai bilik penginapan termasuk Deluxe room
Kemudahan Bengkel dan Seminar
Kolam renang di Hotel Pantai Puteri
Tag: Hotel di Pantai Puteri Melaka,Hotel di Tanjung Kling Melaka,Hotel
3 bintang,3 Star hotel in Melaka,Hotel Malacca Tanjung Kling,Senarai hotel di
Tanjung Kling Melaka,Hotel at Tanjung Kling Melaka,Hotel in Pantai Puteri
Tanjung Kling Melaka,Hotel at Melaka,Hotel Pantai Putri Tanjung Kling,Hotel di
Pantai Putri Melaka,Pantai Puteri Hotel Melaka,Hotel Wakaf Pantai Puteri,Hotel
Pantai Puteri JAWHAR-MAIM
Hotel Pantai Puteri Tg. Kling Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com
No comments:
Post a Comment