08 November 2012

The Sterling Hotel Melaka

Ikon Penginapan Mewah di Zon Warisan Dunia

The Sterling, hotel butik mewah yang menawarkan penginapan eksklusif



MELAKA diisytiharkan tapak Warisan Dunia Unesco pada Julai 2008 kerana memiliki pelbagai peninggalan dan maklumat sejarah yang berharga. 

Kehebatan Kota A’ Famosa, Jonker Street, Stadthuys, Perigi Hang Li Po, Masjid Kampung Hulu dan Muzium Samudera meletakkannya antara tempat yang perlu dikunjungi pelancong di negeri Melaka. 

Destinasi percutian ke selatan itu pastinya lebih lengkap jika pelancong mempunyai tempat penginapan selesa. 

Dalam memenuhi keperluan itu, The Sterling yang dibuka pada November tahun lalu menawarkan 37 bilik mewah dengan gaya kontemporari. 

Kedudukannya di lokasi strategik zon warisan dunia UNESCO tentunya menjadi antara faktor tarikan bagi menikmati suasana penginapan serba mewah di The Sterling Hotel iaitu sebuah hotel butik yang menerapkan sentuhan senibina Inggeris. 

The Sterling yang bertaraf 3 bintang menawarkan enam jenis bilik dengan nama menarik iaitu The Leyton & The Stoke Mandeville, The Windsor, The Riley, The Brighton serta The Churchill sebagai pilihan kepada pengunjungnya. 

Leyton adalah bilik standard yang sesuai untuk penginapan tidak lebih empat orang. 

Nama Stoke Mandeville pula diambil dari sebuah bandar yang memperkenalkan perkhidmatan pemulihan kerusi roda pertama di Britain. 

Bilik berkeluasan 26 meter persegi itu menerima tempahan daripada pelbagai golongan terutama pengguna kerusi roda. 

Jika bercuti bersama keluarga, bilik Windsor turut menjadi pilihan kerana menawarkan dua katil bersaiz ‘ratu’ dan keluasan 40 meter persegi membolehkan pengunjung menambah sebuah katil sofa. 

Selain itu, bilik Riley, Brighton dan Churchill juga menawarkan kemewahan serba lengkap dan selesa serta penggunaan jakuzi di dalam atau luar bilik sambil menikmati keindahan matahari dari balkoni

Bilik Churchill diperkemaskan dengan ruang tamu dan lounge persendirian yang berkeluasan 46 meter persegi. 

The Sterling menyediakan perkhidmatan di dalam bilik seperti peti ais mini, televisyen paparan cecair kristal (LCD), pembancuh teh dan kopi, telefon IDD, surat khabar serta peti keselamatan deposit

The Sterling tidak sekadar menyajikan keunikkan seni bina eksklusif yang diterapkan di setiap bilik mewah, malah ia turut mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan Lampu LED dan penjanaan tenaga menggunakan tenaga solar serta air hujan yang menjadi sebahagian dari ciri-ciri eksklusif, sebagai sokongan padu kempen ‘Go Green’ kerajaan negeri. 

The Sterling menggunakan lampu LED yang mampu menjimatkan tenaga hingga 90 peratus dan tahan lama berbanding mentol biasa

Hotel itu turut menggunakan sistem penyaman udara berpusat yang dialirkan mengikut kesesuaian pelanggan dan cekap tenaga

Tenaga solar digunakan dalam sistem pemanas air yang memenuhi keperluan air panas di hotel berkenaan

Ia mempunyai sistem pengumpulan air hujan semula jadi hingga 320 liter untuk tanaman dan pembersihan

Pengunjung berpeluang meraikan ulang tahun perkahwinan, hari jadi atau makan malam romantis di restoran The Loft yang boleh memuatkan hingga 70 tetamu. 

Ruang makan yang selesa dan tenang menghidangkan pilihan menu lazat dari Barat atau Asia. 

Bersantai di ruang terbuka di The Balcony dengan menikmati pilihan koktel atau moktel bersama hirisan buah-buahan sambil menyaksikan suasana senja dan kerlipan lampu di bandar Melaka

Tidak hairanlah The Sterling sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. 

Perkhidmatan lain yang disediakan ialah bas pergi balik ke bandar Melaka, tempat letak kereta dan khidmat WiFi. 

Terletak di Jalan Temenggong berhampiran Restoran ‘satay celup’ dan ‘Little India’ atau 5 minit perjalanan ke Jonker Walk serta di kelilingi keunikan pelbagai produk pelancongan di tapak warisan dunia, yang jelas The Sterling pilihan tepat bagi mereka yang mengidamkan suasana penginapan serba mewah di tengah-tengah Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO. 

Maklumat lanjut mengenai The Sterling Hotel Melaka hubungi talian 06-2821188 atau layari www.TheSterling.my atau www.facebook.com/TheSterlingMalacca. 

The Sterling menerapkan senibina Inggeris serta mengaplikasikan penggunaan tenaga hijau 

Suasana penginapan mewah di Churchill Room yang dilengkapi dengan Jacuzzi 

Antara bilik mewah yang ditawarkan di The Sterling terletak di Jalan Temenggong 

Jacuzzi di The Churchill room

Suasana di The Loft yang sesuai untuk bersantai sambai menikmati pelbagai menu tempatan dan antarabangsa.. 
The Loft opens for breakfast from 7.00-11.00am served to order, 12.00-3.00pm for lunch and dinner from 6.00-11.00pm

The Balcony opens from 6.00pm-1.00am daily

Panorama menarik dari The Loft yang terletak di bahagian bumbung The Sterling






The Sterling Malacca,Sterling boutique hotel melaka,Luxury boutique hotel Melaka,The Loft Melaka,gotomelaka.blogspot.com,Latest Luxury Boutique Hotel,Hotel The Sterling Melaka,The Sterling Hotel Malacca,Hotel Sterling Melaka


The Sterling Hotel Malacca / Melaka Malaysia 
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: