23 November 2012

Hotel Equatorial Melaka

Penginapan Lima Bintang
Hotel Equatorial Melaka di Jalan Banda Hilir

BANDARAYA MELAKA- Setaraf dengan kedudukannya sebagai hotel 5 bintang, Hotel Equatorial Melaka adalah pilihan penginapan yang cukup ideal dalam suasana serba mewah dan eksklusif sekali di Bandaraya Warisan Dunia.

Hotel Equatorial Melaka menawarkan 496 bilik penginapan pelbagai jenis seperti Deluxe King/Twin/Hollywood; Equator Club Room; Executive Suite; Senator Suite; Governor Suite dan Presidential Suite.

Selain dilengkapi dengan bilik-bilik mewah, Hotel Equatorial Melaka juga adalah lokasi pilihan bagi penganjuran mesyuarat, seminar serta majlis keramaian lainnya kerana ia dilengkapi dengan kemudahan serba moden untuk aktiviti MICE termasuk Melaka Ballroom yang boleh memuatkan 1,800 orang (theater); 700 orang (classroom); 1,800 orang (cocktail) dan 1,210 orang (banquet), selain Pheonix Ballroom; Meranti Room; Machang Room; Merbau Room dan Melaka Foyer.

Terletak di pusat bandaraya yang sentiasa vibrant dengan pelbagai aktiviti, Hotel Equatorial Melaka turut menyediakan kemudahan restoran dan lounge yang menyajikan pelbagai citrasa makanan seperti di Kampachi Japanese Restaurant; Seri Nyonya Peranakan Restaurant; Rest House Cafe; Flo Lounge; Oasis on the Fourth atau mahu menikmati suasana menjamu selera lebih santai di K5 The Street Bistro.

Apapun, Hotel Equatorial Melaka pastinya memberikan pengalaman yang cukup menyeronokkan sepanjang anda berada di Melaka sama ada bercuti bersama keluarga, berseminar dan sebagainya kerana Melaka adalah pelancongan terunggul yang sentiasa akan menyajikan yang terbaik kepada pelancong!

Maklumat lanjut mengenai Hotel Equatorial Melaka sila hubungi talian 06-2829333 atau layari www.EquatorialHotel.com/info@mel.Equatorial.com.

Hotel Lobby

 Suasana serba selesa di Deluxe Room, Hotel Equatorial Melaka


Presidential Suite - Living Room

Presidential Suite - Master Bedrooom

Resthouse Café

Kampachi

 Chef Khoo Eik May mengadakan promosi eksklusif di Seri Nyonya Peranakan Restaurant

Seri Nyonya Peranakan Restaurant menyajikan menu istimewa

Suasana santai di K5 The Street Bistro

Grand Ballroom.. The largest ballroom in Melaka...

  Swimming Pools di Hotel Equatorial Melaka



Hotel Equatorial Melaka/Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: