14 November 2012

De Mawardah Hotel

Penginapan Bajet, Tapi Selesa
 De Mawardah Hotel Melaka menawarkan bilik penginapan serba selesa

BANDARAYA MELAKA- Bagi mereka yang inginkan suasana penginapan serba mendamaikan sambil menikmati panorama indah di pinggir Selat Melaka, De Mawardah Hotel adalah pilihan terbaik untuk bermalam selama anda berada di Melaka.

Menariknya di De Mawardah Hotel, semua bilik penginapan menghadap Selat Melaka iaitu 'Selat Terpanjang dan Tersibuk Di Dunia', justeru anda pastinya dapat melihat sendiri suasana kesibukan aktiviti maritim di laluan ikonik dunia tersebut!

Muhammad Akram...
Utamakan keselesaan 
pelanggan
De Mawardah Hotel terletak di Jalan PM 14, Plaza Mahkota, Melaka menawarkan 16 bilik penginapan iaitu Family Room; Deluxe Room; Superior Room; Single Room serta apartment yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan.

"Adalah menjadi cabaran besar kepada semua pengusaha perhotelan yang beroperasi di sebuah negeri maju seperti Melaka di mana kita perlu meletakkan kualiti perkhidmatan yang cukup tinggi demi menjaga imej Melaka sebagai negeri pelancongan terunggul serta keselesaan pelanggan," ujar Pengarah Urusan De Mawardah Hotel Sdn Bhd, Muhamad Akram Abdullah.

Justeru katanya, walaupun De Mawardah Hotel hanya diklasifikasikan sebagai hotel bajet, namun aspek kualiti bilik penginapan dan perkhidmatan sentiasa diberi keutamaan. -gotomelaka.blogspot.com

Katanya, De Mawardah Hotel juga terletak di lokasi strategik di pusat Bandar Raya Melaka jelas memudahkan para pelanggannya untuk berjalan-jalan ke mana-mana destinasi pelancongan utama kerana jaraknya begitu dekat dengan bilik penginapan dan hanya memerlukan masa yang amat singkat untuk sampai ke lokasi dituju.

"Kami juga menawarkan pelbagai pakej jalan-jalan dan makan-makan kepada pelanggan sebagai usaha membantu mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang mesti dilawati sepertimana pengiktirafan yang diberikan oleh akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat iaitu The New YorkTimes," ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai De Mawardah Hotel hubungi talian 06-2883232 atau email: demawardahhotel@yahoo.com.

 Suasana di lobi De Mawardah Hotel

Superior Twin (Sea View)

Suasana selesa di bilik penginapan Family Room - 2 Queen Bed (Sea View)

 De Mawardah Hotel, Damai Di Pinggir Selat Melaka




De Mawardah Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: