31 October 2012

Hang Tuah City Hotel Melaka

Berkonsepkan Suite Apartment, Saji Menu Asli Melaka
Hang Tuah City Hotel menawarkan 81 bilik penginapan

BUKIT PALAH, MELAKA- Hang Tuah City Hotel kerap menjadi destinasi pilihan menginap bagi pelanggan berkumpulan serta berkeluarga sesuai dengan konsep suite apartment yang ditawarkan oleh hotel bertaraf 3 bintang berkenaan. Hang Tuah City Hotel Melaka ini terletak di No.1 Jalan Malinja, Taman Malinja, Bukit Baru, 75150 Melaka Bandaraya Bersejarah.

Terletak di lokasi strategik yang dihubungkan dengan jajaran Lebuh Raya AMJ dan jalan utama menuju ke pusat Bandaraya, Hang Tuah City Hotel kini menampilkan imej serba baru yang menjanjikan khidmat lebih berkualiti dan selesa kepada pelanggan.

Selain menawarkan bilik penginapan serba eksklusif, kami juga sering menerima tempahan bagi penganjuran majlis-majlis keramaian termasuk BBQ, buffet makan tengah hari dan makan malam, khususnya dari kumpulan pelajar luar negara seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong serta Jepun yang mahu menikmati sajian menu asli Melaka berserta ulam tempatan,” ujar Pengurus Besar Hang Tuah City Hotel, Mohd Jamilz Ab Wahab.

Beliau memberitahu, Hang Tuah City Hotel Melaka menawarkan bilik penginapan termasuk Superior suites, Farmosa suites, Apartment dan Deluxe, selain Hang Tuah Coffee House serta bilik persidangan yang mengabadikan nama-nama tokoh tersohor seperti Dewan Tun Sri Lanang, Dewan Dang Anum dan Dewan Hang Li Po.

Menjelang cuti sekolah ini, kami juga turut menawarkan pakej istimewa kepada pelajar pada harga serendah RM50 seorang termasuk sarapan pagi,” ujar Mohd Jamilz. Maklumat lanjut tentang Hang Tuah City Hotel, hubungi 06-2841166 atau layari www.HangTuahHotel.com.my atau email reservations@HangTuahHotel.com.my.

 Petugas di kaunter sedang melayan pelanggan yang membuat tempahan bilik penginapan

Suasana di bilik penginapan di Hang Tuah City Hotel

Hang Tuah Coffee House

Suasana hijau dari arah kolam renang yang sering jadi lokasi penganjuran aktiviti keramaian, termasuk BBQ

 Map ke Hang Tuah City Hotel Melaka



Hang Tuah City Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: