20 October 2012

Hotel Permaisuri MITC Melaka

'The Best Southern Meeting Point'

 Permaisuri MITC Hotel Melaka terletak di Jalan Food City, MITC


AYER KEROH PERMAISURI MITC Hotel Melaka bertaraf 3 bintang dilengkapi pelbagai kemudahan penginapan dan penganjuran seminar serba selesa sejajar dengan tema: ‘The Best Southern Meeting Point yang dijadikan ukuran penting kepada kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. 

Terletak di lokasi strategik berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Permaisuri MITC Hotel Melaka bertaraf 3 bintang menyediakan 189 bilik penginapan yang terdiri daripada Standard Room, Superior Room dan Suite Room.

Di setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memastikan keselesaan anda. Selain itu, Permaisuri MITC Hotel Melaka tidak sekadar menawarkan penginapan yang  berkualiti dan selesa kepada pelanggan, malah ia turut menawarkan pakej-pakej menarik seperti Seminar Package; Residential Package; D’Alfonso Package; Wonderland Package; Family Get Away Package dan Wedding Package.

Razali...Tawar pakej menarik
Pengurus Residen Permaisuri MITC Hotel Melaka, Razali Abd Rahman berkata, selain menawarkan bilik-bilik penginapan serba selesa, penyediaan pakej-pakej berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada setiap pelanggan yang memilih hotel tersebut sebagai destinasi penginapan atau menganjurkan seminar. 

Permaisuri MITC Hotel Melaka juga turut menawarkan dua jenis ruang menjamu selera sama ada di Saffron Brasserie yang merupakan sebuah restoran dalaman dengan pelbagai pilihan bufet atau Bole-Bole Café untuk menikmati hidangan secara santai di luar dengan menu ala-carte kegemaran anda.

Di samping itu, dengan berkat usaha yang gigih dan positif, syarikat milik penuh Bumiputera ini juga telah diberikan kepercayaan untuk menubuhkan dan menguruskan sebuah lagi hotel yang dinamakan sebagai Permaisuri Stadium Hang Jebat Hotel. 

Permaisuri Stadium Hang Jebat Hotel Melaka yang bersebelahan dengan Stadium Hang Jebat itu menyediakan 66 bilik yang terdiri daripada Deluxe Room, Superior Twin dan Superior Triple. Ia juga turut menawarkan pelbagai pakej yang menarik dan berpatutan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan di Permaisuri MITC Hotel, Ayer Keroh Melaka hubungi talian 06-231 7808 atau layari www.permaisuri.com.my atau www.facebook.com/Permaisuri Mitc Hotel.

Suasana serba selesa bila menginap di Suite Room...

Beraneka sajian buffet di Saffron Brasserie

Ruang menjamu selera yang selesa di Saffron Brasserie...



Hotel MITC Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: