Suasana damai bermalam di Puteri Resort Hotel
AYER KEROH- Menginap di Puteri Resort Hotel Melaka, anda tidak sekadar berpeluang menikmati kedamaian suasana desa, malah anda juga sebenarnya berkesempatan menjelajah kehijauan belantara dan merasai pelbagai aktiviti lasak yang pastinya mencabar kekuatan fizikal dan mental.
Marina...Perkenalkan eco-tourism |
Pengurus Besar Puteri Resort Hotel, Marina Harun memberitahu, hotel berkenaan kini menjadi pilihan para pengemar aktiviti lasak, team building dan pelancongan eco untuk menganjurkan program atau seminar dari seluruh negara membabitkan pihak korporat, agensi kerajaan, NGO dan persendirian.
Katanya lagi, perlantikan Puteri Resort Hotel sebagai panel Jabatan Standard Malaysia sebagai venue untuk team building dan eco-tourism memberi banyak kelebihan kepada resort berkenaan, sekaligus menjadi pelengkap ke arah menjadikan Puteri Resort Green Hotel ‘Melaka Tree Top’ menjelang tahun 2014.
Selain menawarkan 228 bilik penginapan terdiri dari Junior Suite (14 unit); Superior (14 unit) dan 200 Deluxe, Puteri Resort Melaka turut menyediakan pelbagai pakej team building dan outdoor seperti dry telematch; wet telematch; treasure hunt; obstacle; achery; night walk; compass marching; pond rafting; explorace serta night jungle trekking.
“Semua aktiviti dikendalikan jurulatih professional iaitu Kapt.(B) Mohd Noorizan Mohd Yunos, termasuk aktiviti paintball terbuka berkonsepkan ‘jungle war’,” ujar Marina.
Katanya, pelanggan juga mempunyai banyak pilihan menjamu selera di Dayang Cafe atau menikmati sajian istimewa Chicken Rice Ball berkosepkan warung setiap hari Jumaat dan Sabtu. Marina memberitahu, Puteri Resort Hotel Melaka turut menawarkan pakej jalan-jalan bagi memudahkan pelanggan menerokai keunikkan produk-produk pelancongan lain di Melaka serta mengadakan promosi bersama dengan Ayer Keroh Country Club(AKCC) kepada pelanggannya yang berminat bermain golf.
Hubungi 03-33747777 atau layari www.PuteriGarden.com untuk mendapatkan maklumat lanjut penginapan di Puteri Resort Hotel Ayer Keroh Melaka..
Bilik superior yang terdapat di Puteri Resort Hotel
Chicken Rice Ball hidangan istimewa setiap Jumaat dan Sabtu
Paintball berkonsepkan ‘Jungle war’ menguji ketahanan mental dan fizikal
Aktiviti ‘high rope’ pada ketinggian 10 meter pastinya memberi pengalaman baru kepada pengunjung
Aktiviti berkayak menjadi antara pakej sukan lasak yang terdapat di hotel berkenaan
Puteri Resort Hotel Ayer Keroh Malacca / Melaka Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com
No comments:
Post a Comment