02 October 2012

Hotel Seri Costa Melaka

Kini milik penuh Felda

Hotel Seri Costa di Bandar Hilir milik penuh Felda Travel...

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAHPengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad yakin pelaburan sebanyak RM24 juta oleh Felda Holdings Bhd, menerusi anak syarikatnya Felda Travel Sdn Bhd, di sektor perhotelan di negeri ini mampu merancakkan penglibatan dalam sektor pelancongan di Melaka yang dilihat terus berkembang vibrant dan terkedepan.

Katanya, Melaka terkenal sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia dan semakin terkenal di seantero dunia.

Kita yakin pelaburan di Melaka bukan sahaja dapat membantu merancakkan lagi aktiviti sektor pelancongan di sini, bahkan ia turut membuka ruang kepada Felda menerokai bidang baru yang mampu menambah keuntungan di dalam perniagaan yang diceburi, selain sektor perladangan getah, kelapa sawit, dan gula yang menjadi teras utama,” ujarnya semasa berucap merasmikan Hotel Seri Costa.

Mohd Isa meletakkan keris sebagai simbolik perasmian Hotel Seri Costa di Bandar Hilir, Melaka...

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Wira Latif Tamby Chik; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Sabri Ahmad; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Abd Kadir Md Idris; Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Jeffri Munir dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Melaka, Datuk Lim Chow Beng.

Mohd Isa dan Sabri bersama isteri masing-masing meninjau keadaan bilik yang terdapat di Hotel Seri Costa...

Mohd Isa berkata, pelaburan Felda bagi sektor perhotelan pada masa kini adalah bagi hotel bertaraf tiga bintang kerana kita melihat potensinya lebih besar untuk pasaran yang terdapat sekarang berbanding hotel bertaraf empat atau lima bintang.

Beliau menjelaskan, Hotel Seri Costa bertaraf tiga bintang yang mempunyai 147 buah bilik hotel pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh Felda Travel sejak 1 September 2012, yang sebelum ini menguruskan enam resort yang dikenali sebagai Felda Residence iaitu Residence Tekam(Pahang), Felda Residen Hot Springs(Perak), Felda Residence Sahabat(Sabah), Felda Residence Tanjung Leman(Johor) dan Felda Residence Kuala Terengganu(Terengganu).
  
Mengulas lanjut Mohd. Isa berkata, selepas pembukaan Hotel Seri Costa Melaka, Felda Travel merancang untuk membuka dua buah hotel lagi tidak lama lagi.

“Setakat ini, Felda Travel sedang memikirkan dua lagi hotel, sama ada untuk membina baru atau membelinya dari pihak lain dan lokasinya masih belum dapat ditentukan lagi,” ujarnya.

Beliau menambah Felda Travel kini sudah bersedia untuk memperluaskan lagi tapak dalam perkhidmatan pelancongan dan hospitaliti melalui pemilikan lebih banyak lagi hotel dan resort di masa depan.

“Bidang perhotelan ini juga adalah selaras dengan usaha Kumpulan Felda untuk mempelbagaikan segmen perniagaan walaupun ia tidak mampu menyumbang pendapatan besar berbanding komoditi kelapa sawit dan getah,” ujarnya.

Latif menyampaikan bendera dan pelekat kenderaan kepada wakil persatuan pemilik kereta sewa untuk tujuan PROMOSI Hotel Seri Costa...

Melalui pemilikan hotel tersebut katanya, seluruh kakitangan Felda yang berkunjung ke negeri ini untuk melancong boleh menginap di hotel ini malah seminar juga boleh diadakan di sini (Hotel Seri Costa Melaka).

Hotel Seri Costa Melaka ini mempunyai 147 buah bilik, sebuah restoran dan tiga buah bilik seminar…


No comments: