Hang Tuah World Heritage Hotel di Jalan TMR 6, Melaka Raya...
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH - Melangkah masuk ke lobi Hang Tuah World Heritage Hotel di Jalan TMT, Taman Melaka Raya, pandangan anda pasti tertumpu kepada sekeping potret Pahlawan Lagenda, Hang Tuah yang menghiasai satu sudut di hotel bertaraf 3 bintang berkenaan. Tidak sekadar potret Hang Tuah, deretan basikal tua turut dijadikan dekorasi hiasan yang cukup mengujakan!
Potret Hang Tuah turut dijadikan hiasan di lobi...
Itulah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Hang Tuah World Heritage Hotel terletak di Jalan TMR 6, Taman Melaka Raya yang turut mengabadikan gelaran beberapa lagenda silam seperti Bendahara (Grandbalroom); dan beberapa bilik seminar seperti Shahbandar; Temenggung; Bendahari; Laksamana dan Hulubalang.
Hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di pusat Bandaraya Warisan Dunia itu menyediakan 168 bilik penginapan terdiri dari Standard Room; Superior Room; Deluxe Room; Junior Suite dan Family Suite.
Zulkifli...Turut tawar pakej ‘ronda-ronda’.. |
Pengarah Hang Tuah World Heritage Hotel, Zulkifli Osman berkata, pihaknya menawarkan perkhidmatan penginapan yang cukup ideal dan selesa sesuai untuk keluarga dan berkumpulan. “Tidak sekadar menawarkan penginapan berkualiti kepada pelanggan, malah kami turut memberikan pakej menarik kepada mereka yang berminat ronda-ronda di lokasi bersejarah tapak Warisan Dunia UNESCO dan destinasi lain yang berkait rapat dengan kehebatan Hulubalang Hang Tuah bertujuan memberikan momen indah kepada setiap pelancong yang datang,” ujarnya. Katanya, nama Hang Tuah juga turut diabadikan pada cafe yang menyajikan menu istimewa Melaka (boleh memuatkan 250 orang pada satu-satu masa).
Maklumat lanjut penginapan di Hang Tuah World Heritage Hotel hubungi talian 06-284 8000 atau layari HangTuahHotel.com.my atau di facebook.com/Hangtuahhotel.
Hang Tuah World Heritage Hotel menawarkan 168 bilik penginapan...
Beraneka menu enak boleh dinikmati di Hang Tuah Cafe...
Hang Tuah World Heritage Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com
1 comment:
Tak silap saya, hotel ini telah pun menamatkan operasinya.
Post a Comment