29 October 2012

d'Village Resort Melaka

Saji Suasana Kampung
d'Village Resort turut menyediakan kemudahan bagi program seminar dan acara keramaian lain

AYER KEROH- Deretan rumah-rumah tradisional Melayu di celah-celah kehijauan pokok-pokok merimbun tentunya menjadi buruan sesiapa sahaja yang mendambakan suasana penginapan berkonsepkan kampung yang serba serbinya cukup mendamaikan!

d'Village Resort Melaka tidak sekadar menjadi pilihan bagi penganjuran seminar atau mesyuarat serta majlis-majlis keramaian, bahkan ia turut dilengkapi dengan pakej penginapan yang cukup ideal sesuai dengan citarasa anda. Pengurus Operasi d'Village Resort Melaka, Haidil Azreen Zakaria berkata, konsep penginapan ala-kampung merupakan identiti yang diketengahkan oleh pihak pengurusan resort berkenaan.

"Bagi mereka yang rindukan suasana kampung, mungkin anda boleh merasainya di d'Village Resort yang terletak di lokasi strategik pintu masuk menuju ke bandaraya serta dikelilingi pelbagai tarikan produk pelancongan di sekitar Ayer Keroh, Melaka" ujarnya.

Katanya, d'Village Resort menyediakan 218 bilik sama ada mahu menginap di chalet atau motel, di samping dewan bankuet dan bilik mesyuarat serta kemudahan lain untuk keselesaan pelanggan. Untuk Chalet, ujarnya lagi, ia terdapat dua pilihan Standard Chalet atau Family Chalet, manakala terdapat tiga pilihan bagi yang berhasrat menginap di Motel iaitu Standard Room; Superior Room dan Family Room.

Maklumat lanjut mengenai d'Village Resort Melaka, hubungi talian 06-232800 atau layari www.dVillage.com.my.

Suasana di Standard Chalet

Deretan chalet di d'Village Resort Ayer Keroh Melaka

Mentari Cafe menyediakan beraneka sajian tempatan dan ala-carte

Family Chalet di d'Village Resort



d' Village Resort Ayer Keroh Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: