Arenaa De Luxe Hotel di Jalan Ujong Pasir Melaka
BANDARAYA MELAKA- Suasana mewah dan eksklusif pastinya dapat anda rasai apabila memilih Arenaa De Luxe Hotel sebagai tempat penginapan sebelum meneruskan pengembaraan menikmati keunikan panorama di sekitar Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO yang kaya dengan khazanah peninggalan bersejarah serta produk-produk pelancongan menarik.
Hotel butik bertaraf 3 bintang ini memberikan pilihan bilik-bilik penginapan eksklusif bergantung kepada bajet anda, sama ada Superior Room; Deluxe Room; Premier Room; Family Room atau Presidential Suite yang menampilkan kelainan dekorasi dan fasiliti pada setiap bilik.
Seni reka dan sentuhan gaya klasik yang cukup eksklusif adalah imej yang dijemlakan oleh Arenaa De Luxe Hotel yang terletak di Jalan Ujong Pasir Melaka, Malaysia. Arenaa De Luxe Hotel juga dilengkapi lounge untuk beristirehat sambil menikmati muzik; gynasium; bilik mesyuarat serta cafe yang menyajikan hidangan tempatan dan barat.
Arenaa De Luxe Hotel turut menawarkan pakej jalan-jalan, membeli belah serta makan-makan kerana lokasinya yang strategik sudah pasti mampu membawa anda ke destinasi diingini sama ada ke Mahkota Parade; Dataran Pahlawan Melaka Megamall; Jonker Walk atau ke tapak warisan dunia UNESCO serta menikmati hidangan lazat makanan Portugis di Portuguese Settlement Melaka; Restoran Nyonya; Sate Celup di Jalan Ong Kim Hwe serta ikan bakar di Serkam dan Umbai.
Arenaa De Luxe Hotel pastinya bakal melengkapkan pelancongan anda ke Melaka dengan momen indah yang berpanjangan. Maklumat lanjut hubungi talian 06-2883399 atau email: inquiry@ArenaHotels.com.my.
Hotel butik yang elegan dengan intipati mewah
yang terletak strategik di tengah-tengah Melaka Bandaraya Bersejarah, menawarkan 82 bilik yang direka khas untuk keselesaan...
Ruang mewah di Presidential Suite
Sentuhan gaya klasik yang cukup eksklusif…
Cafe di Arenaa De Luxe Hotel
Arenaa De Luxe Hotel Malacca / Melaka Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com
No comments:
Post a Comment