30 October 2012

Casa del Rio Melaka

Penginapan Serba Mewah
BANDARAYA MELAKA- Casa Del Rio Melaka adalah pilihan paling tepat bagi anda yang mahukan penginapan serba mewah dan eksklusif sejajar dengan status 5 bintang hotel butik berkenaan yang terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia mengadap panorama indah Sungai Melaka penuh bersejarah!

Menampilkan ciri bangunan agak unik berkonsepkan Mediterranean yang turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda, hakikatnya kewujudan Casa Del Rio telah menjadi ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang mesti dilawati tahun ini oleh The New Yorks Times terbitan 6 Januari 2012.

Casa Del Rio Melaka menawarkan 66 bilik penginapan mewah yang menampilkan ciri-ciri sentuhan dekorasi dan fasaliti yang berbeza pada setiap bilik.

Selain menawarkan bilik penginapan serba mewah, Casa Del Rio juga menyajikan panorama yang cukup indah dari jendela bilik penginapan yang mengadap sungai. Ianya cukup mengujakan, terutama di waktu malam!

Setelah penat jalan-jalan di Jonker Walk atau melawat pelbagai produk pelancongan sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO, anda juga boleh merehatkan badan seketika di Satkara Spa yang menawarkan teknik urutan tradisional seperti Shiatsu, Lomi Lomi, Thailand, Bali atau Sweden.

Kelainan juga dapat anda rasakan bila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan.

Setanding dengan statusnya sebagai hotel butik 5 bintang, Casa Del Rio Melaka telah mendapat Anugerah Go Green pada 8 September 2012 (Pertandingan Kebersihan dan Amalan Hijau Melaka 2012) serta Hotel Club Awards (Finalist in Best Hotel to Experience UNESCO Sites) dari Kementerian Pelancongan.

Maklumat lanjut hubungi talian 06- 2896966/2896888 atau CasadelRio-Melaka-com.

Diantara bilik penginapan mewah di Casa Del Rio

  Deluxe Room

Balcony

Intai Panorama Indah Di Muara Sungai Melaka

Ballroom KD Hang Tuah di Casa Del Rio Melaka

Meeting Room di Casa Del Rio Melaka 

Lokasi Casa Del Rio di pinggir Sungai Melaka menjanjikan suatu panorama yang cukup mengujakan

Suasana yang cukup mendamaikan di suatu sudut yang terdapat di Casa Del Rio Melaka

Beraneka sajian termasuk steamboat boleh dinikmati di River Café

River Grill di Casa del Rio Melaka

Pemandangan indah Casa Del Rio Melaka dari arah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka



Casa del Rio Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

No comments: