22 October 2012

Philea Resort & Spa Melaka

Penginapan Mewah Dengan Dikelilingi Kehijauan Alam Semula Jadi
Philea Resort and Spa Luxurious Stillness in Malacca...

AYER KEROH - Sentuhan senibinanya yang unik dengan menggunakan kayu pokok phine sebagai komponen utama menjadikan Philea Resort & Spa begitu unik malah cukup mendamaikan sekali kerana ia dikelilingi kehijauan alam bagi mencetuskan suasana penginapan yang eksklusif sekali! 

Philea Resort & Spa ini, bertaraf 5 bintang dan telah menerima beberapa pengiktirafan berprestij seperti anugerah First Log Resort’ dan ‘Largest Log Resort’ dari Malaysia Book of Records; ‘Best Green Hotel’ dari Persatuan Pelancongan Melaka; ‘Creative Brand Industry of the Year’ oleh Global Golden Brand Award; ‘Excellent Award for Landscape Design and Planning’ oleh Institute of Landscape Architects Malaysia(ILAM) dan terbaru anugerah dari Hotel Club Malaysia Hotel Awards 2012 ‘Finalist for the Top Green Hotel in Melaka’. 

Philea Resort & Spa dibina dengan konsep mesra alam dengan menampilkan landskap indah dihiasi pokok hijau dan bunga-bungaan segar, selain menggunakan kayu lama pelapik landasan keretapi sebagai pagar serta dekorasi utama di lobi hotel! 

Anda pastinya akan berkata wow! Sebaik melangkah ke lobi dan keterujaan pastinya berpanjangan bila anda berjalan atau menaiki buggy menuju ke bilik penginapan serba eksklusif kerana serba-serbanya begitu mengujakan!

Rimbunan pepohon hijau menjadi sebahagian dari landskap yang cukup mengujakan di Philea Resort & Spa 

Apabila masuk ke bilik penginapan, deruan air terjun buatan berhadapan dengan bilik cukup menyenangkan. Aroma kayu ‘pine log’ di segenap ruang bilik juga bagaikan membawa anda jauh ke dalam kawasan hutan di Russia di mana kayu itu diimport. 

Itulah yang menanti anda saat menginap di Philea Resort & Spa (Philea) di Ayer Keroh, Melaka

Resort Alam Semula Jadi...

Menawarkan 201 bilik iaitu Pavilion Room(180 bilik), Philea Suites(19 unit suite) dan Royal Villa(2 unit), resort mewah bertaraf lima bintang dan berkonsep seni bina Eropah ini mengambil inspirasi kebanyakan bangunan atau rumah diperbuat daripada kayu di Kanada

Dekorasi indah di salah sebuah bilik penginapan...

Menariknya, Philea dibina 100 peratus daripada kayu atau (pine log) yang diimport dari Russia dibangunkan di tapak seluas enam hektar dan juga log resort terbesar di Asia. 

Bilik luas dilengkapi tempat tidur mewah disediakan khusus untuk memberikan tidur malam yang baik buat anda. 

Setiap bilik penginapan juga dilengkapi kemudahan mewah seperti televisyen LCD skrin rata, akses Internet, tayangan filem in-house, peti ais, penimbang berat badan, kelengkapan membuat teh dan kopi serta banyak lagi bagi memastikan penginapan anda lebih santai

Resort ini juga mempunyai SPA, empat restoran dan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang berlandskap, gimnasium, taman permainan kanak-kanak, kemudahan rekreasi termasuk dewan besar yang boleh memuatkan hampir 600 orang untuk satu majlis

Istimewanya, empat restoran yang ada di Philea iaitu Cravo Cravo, Bayu Cabana, ChilOut Bar dan Tropics Lounge menawarkan pelbagai jenis hidangan berlainan dan pasti memenuhi cita rasa anda.

Mewah dan mendamaikan...

Selain itu, kolam renang dengan landskap menarik turut dilengkapi gazebo untuk bersantai atau berehat sementara ahli keluarga lain berendam di dalam kolam. 

Untuk aktiviti malam selain anda merehatkan minda dengan deruan air terjun buatan serta suasana mempesona, anda juga boleh membuat urutan di spa atau bersenam di gimnasium yang dibuka hingga jam 10 malam. 

Pembinaan hotel ini cukup unik kerana ia menggunakan sumber semula jadi termasuklah 8,000 keping kayu landasan kereta api yang dijadikan pagar di kawasan hotel serta blok marmar dari Perak lebih 6,000 tan sebagai pagar blok. 

Selain itu, lebih daripada 3,000 pokok ditanam dalam kawasan resort untuk memelihara dan memulihkan sumber semula jadi manakala air terjun buatan manusia ditambah untuk memberikan sentuhan tersendiri daripada persekitarannya. 

Phelia Resort & Spa direka indah sebagai destinasi unik. Sekiranya anda berhasrat menerokai pengalaman indah penginapan mewah di hotel eksklusif di pinggir bandaraya, layari www.PhileaHotel.com atau hubungi Telefon: 06-289 3399, Fax: 06-233 2299.

Bilik penginapan diperbuat daripada kayu itu sangat unik bagaikan memanggil pengunjung...

Pengalaman menginap di Philea Resort & Spa pastinya begitu indah dan manis sekali kerana anda berpeluang tidur di bilik-bilik mewah di mana setiap unit penginapan memiliki sentuhan dekorasi dan fasiliti berbeza.

Philea Resort & Spa yang terletak kira-kira 5 minit dari plaza Tol Ayer Keroh... 



Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

1 comment:

Fendy said...

patot la nampak philea resort time lalu highway...ni rupanya..cantik tu..