19 October 2012

Hotel Seri Malaysia Melaka

Destinasi Penginapan Popular 
Turut Tawar Pakej Jalan-jalan Ke Lokasi Tumpuan Pelancong

 Suasana damai di Hotel Seri Malaysia Melaka

AYER KEROH, MELAKA - Hanya 3 minit perjalanan dari Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka yang menjadi pintu masuk utama ke Melaka melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah destinasi penginapan paling popular sebelum anda meneruskan perjalanan menerokai keunikan warna-warna di Melaka Bandaraya Bersejarah, Bandaraya Warisan Dunia!

Hotel Seri Malaysia Melaka tidak sekadar menawarkan pelbagai kemudahan penginapan yang serba sederhana, malah turut menjanjikan suatu pengalaman yang cukup indah bagi anda yang gemarkan suasana 'privacy' kerana hotel yang pernah memenangi Anugerah Hotel 3 Bintang Terbaik di Melaka (2009-2010) dirasakan sungguh damai kerana di kelilingi kehijauan alam semulajadi!

Di Hotel Seri Malaysia Melaka, anda ada banyak pilihan untuk memilih bilik penginapan yang sesuai dengan citarasa samada bermalam di Standard Single Room (30 bilik); Standard Twin Sharing Room (27 bilik); Family Room (40 bilik) dan Deluxe Room (1 bilik).

Sazali..Kami beri yang terbaik
Selain menawarkan bilik penginapan yang berbagai, Hotel Seri Malaysia Melaka menyediakan kemudahan untuk berseminar atau bermesyuarat, selain menikmati keenakkan menu Melaka di Jonker Cafe yang pastinya mengujakan! "Kami menjanjikan yang terbaik buat pelanggan kerana perkhidmatan berkualiti adalah teras perniagaan. "Kami juga adalah sebahagian dari tourism player yang sentiasa menyokong hasrat Kerajaan negeri untuk menjadikan pelancongan Melaka terus vibrant. Justeru di atas khidmat cemerlang kami selama ini, kami tidak sekadar sering mendapat ucap penghargaan dari para pelanggan yang pernah singgah dan bermalam di sini, malah Kerajaan Melaka dan Persekutuan juga sering memberi pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah yang diberikan selama ini," ujar Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Melaka, Sazali Sabri. Beliau yang sudah berkhidmat selama enam tahun iaitu sejak hotel berkenaan beroperasi pada tahun 2006 akur bahawa karenah pelanggan adalah cabaran besar yang perlu ditangani secara bijaksana. 

"Kedudukan Melaka sebagai negeri pelancongan terunggul adalah kayu pengukur yang sering digunapakai oleh pelanggan (pelancong) yang datang ke sini. Mereka mahukan yang terbaik dalam serba serbinya, perkhidmatan kelas pertama dan sebagainya kerana kata mereka Melaka adalah negeri maju," ujarnya. Hotel Seri Malaysia Melaka turut menawarkan kad 'My Resident In Melaka' iaitu pakej menarik mengunjungi beberapa lokasi pelancongan popular seperti Zoo Melaka; Menara Taming Sari; Taman Buaya; Melaka River Cruise; Sutra Maya SPA; Nouvo Hair Studio; Melaka International Bowling Centre(MIBC); Melaka Duck Tours; Coral Wonderland; Melaka Wonderland & Theme Park serta Nakhoda Seafood dengan potongan harga istimwa. Maklumat lanjut mengenai Hotel Seri Malaysia Melaka hubungi talian 06-2328460 www.facebook.com/seri malaysia melaka www.twitter.com/Seri Malaysia Mkz kerana Hotel Seri Malaysia Melaka pasti dekat di hati, Janji Ditepati!

Hotel Seri Malaysia Melaka menawarkan 100 bilik penginapan termasuk Standard Room untuk keselesaan pelanggan…

Beraneka pilihan menu di Jonker Café

Team pengurusan Hotel Seri Malaysia Melaka…



Hotel Seri Malaysia Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com 

No comments: