28 November 2012

Melaka International Rainforest Challenge 2012

350 Peserta Dari 30 Negara
Aturcara/Jadual Program Melaka International Rainforest Chalenge 2012 (RFC'12 Event Schedule

MELAKA- Beberapa lokasi di negeri ini bakal menjadi gelanggang jaguh dunia memburu kejuaraan dalam Melaka International Rainforest Challenge 2012 (RFC’12), membabitkan 350 peserta dari 30 negara yang bakal berlangsung dari 1 hingga 10 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin berkata antara negara yang menyertai pengembaraan hutan hijau sejauh lebih 100 kilometer itu termasuk Venezuela, Colombia, China, Amerika Syarikat, Austria, Denmark, Rusia, Itali dll.

Beliau berkata pasukan terkenal dari Venezuela iaitu Team Azimut yang terdiri daripada Nunzio D. Coffaro Z dan Adolf Josef Maier Chira juga mengesahkan penyertaan mereka.

Melaka International Rainforest Challenge 2012 merupakan satu pengiktirafan besar kepada Melaka yang terkenal sebagai destinasi pelancongan unggul. Melaka juga cukup bertuah kerana dipilih menjadi lokasi terakhir dari 15 siri ekspedisi yang diadakan di seluruh dunia sebelum ini.

Perhimpunan perdana di Dataran 1Malaysia Klebang pada jam 3 petang 1 Disember membabitkan 750 buah kenderaan pacuan empat roda akan menjadi acara kemuncak kepada penganjuran sukan lasak berkenaan, sekaligus akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk penyertaan negara terbanyak bagi sukan lasak pacuan empat roda.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka menyempurnakan upacara pelepasan para peserta pada 2 Disember jam 8 pagi Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, sebelum peserta merempuh laluan mencabar di Bukit Asahan, Hutan Rizab Bukit Senggeh, Hutan Rizab Bukit Sedanan dan berakhir di Teluk Belanga, Kuala Sungai Baru.

Selain membantu menjana ekonomi negeri melalui perbelanjaan hospitaliti, pengendali makanan dan hiburan, acara ini juga memberi publisiti dan promosi kepada Melaka sebagai destinasi pelancongan sukan.

Turut hadir, Penolong Setiausaha Melaka International Rainforest Challenge 2012, Datuk Nur Azmi Ahmad; KPSU (Tadbir), Fairul Zaman Abdul Rahman; Ketua Ekspedisi, Yap Yong Leong dan Pengurus Ekspedisi, Jacky Toh.

Md Yunos bersama Nur Azmi, Mohd Faurul, Yong Leong dan Toh menunjukkan poster Melaka International Rainforest Challenge 2012

Melaka International Rainforest Challenge 2012 akan mendapat liputan meluas dari 15 setesen Televisyen antarabangsa untuk disiarkan di negara masing-masing.

Pihak penganjur juga turut menyediakan beberapa lokasi bagi membolehkan orang ramai melihat secara dekat cabaran yang dilalui oleh setiap peserta seperti di Prolouge SS Dataran 1Malaysia Klebang pada 1 Disember jam 10 pagi- 7 malam atau di Kampung Teluk Belanga, Kuala Sungai Baru.

Sementara itu, Ketua Ekspedisi Melaka International Rainforest Challenge 2012, Yap Yong Leong berkata, kesemua laluan tersebut mempunyai cabaran tersendiri yang bakal menguji kekuatan mental dan fizikal peserta selain memanfaatkan kemahiran yang ada untuk melepasi segala rintangan.

Antara cabarannya ialah jalan licin dan lecak selain kawasan yang berbukit bukau serta paya.

Manakala Pengurus Ekspedisi, Jacky Toh pula memberitahu, Melaka International Rainforest Challenge 2012 (RFC 2012) pastinya bakal memberi pengalaman baru kepada semua peserta kerana di sesetengah lokasi cabarannya begitu hebat sekali.

“Cabaran bergantung kepada keadaan cuaca dan struktur geografi. Namun cabaran hebat pastinya menunggu setiap peserta,” ujarnya.

Pelbagai halangan termasuk laluan berair akan ditempuhi oleh setiap peserta Melaka International Rainforest Challenge 2012

Orang ramai boleh melihat secara dekat cabaran yang akan dilalui setiap peserta di Prolouge SS Dataran 1Malaysia Klebang pada 1 Disember jam 10 pagi- 7 malam

Beberapa lokasi dikenal pasti sebagai laluan paling mencabar

Lokasi yang terbabit dengan Melaka International Rainforest Challenge 2012
Melaka RFC Map 1, Melaka RFC Map 2


Poster Melaka International Rainforest Challenge 2012

About MELAKA WORLD HERITAGE CITY, UNESCO HOSTS RFC 2012

Here’s introducing our host state of Melaka as the venue of RFC 2012, the 15th anniversary year. The state has played its part in assisting Malaysia climbed up to 9th most popular tourist destinations in the world in 2010 (up from 14th position in 2006) with its declaration by UNESCO as a World Heritage City back in July 2008. From 1999 to 2011, it received a total of 71.5 million tourists with an average of nearly 20% growth per annum and average stay of 2.15 nights. It’s history, heritage, culture and art are the attractions to foreign tourists. With historical facts which began ages ago from 1262, it is a place for history lovers. It has a history with the Nusantara, Chinese, Portuguese, Dutch & British which has all created a unique identity for Melaka. Many relics of its past history still stand as proof of its past wealth, culture & heritage of over 600 yrs. It’s multiracial society including the Baba-Nyonya, Eurasian, Portuguese & Chtty are all the symbols of this diversity. You also have a choice of 26 museums & 9 art galleries to soak in its unique features. Besides its invaluable past, the state also has 600 tourism products, world-class hospitality services, tourism infrastructure with modern/convenient transportation system. This year, catch the BIG BANG Opening Ceremony at Memorial Kemerdekaan (Independence Memorial) next to the famous Fort A Famosa at Bandar Hilir right in centre of 15th Century Melaka and the SHOWTIME PROLOGUE SS (4×4 action) at Pantai Klebang (seafront)….all these set to rumble on 1 & 2 Dec (Sat & Sun) with the full support from the State Gov. Welcoming all our fans/supporters, 4×4 enthusiasts, tourists & general public to Melaka..



International Rainforest Challenge 2012 @Malacca World Heritage City
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

27 November 2012

Kerajaan negeri Melaka bantu promosi Kebaya Nyonya

Pengerusi-pengerusi Persatuan Baba Nyonya bersama Mohd Ali dalam Konvensyen Baba Nyonya ke 25

BANDAR HILIR, MELAKA- Kerajaan negeri akan membantu mempromosikan pakaian tradisional Peranakan Cina iaitu kebaya Nyonya dengan menggalakkan penjawat awam wanita di negeri ini mengenakan pakaian berkenaan pada hari tertentu. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, saranan itu diutamakan kepada kakitangan awam khususnya yang bertugas di barisan hadapan seperti penyambut tetamu atau kaunter pertanyaan yang sering berhadapan dengan orang ramai. 

Menurutnya, memandangkan negeri ini kaya dengan warisan kebudayaan yang pelbagai, cadangan menggalakkan kakitangannya mengenakan pakaian tradisional itu adalah satu langkah bijak bagi mempromosikan pakaian berkenaan. 

Cadangan tersebut akan mula dilaksanakan selepas perbincangan mengenai perkara tersebut mendapat kata sepakat daripada semua pihak. 

"Saya kira ini usaha yang baik sama seperti kita mempopularkan batik yang dipakai setiap hari Khamis. Lagipun baju kebaya nyonya sangat sesuai untuk digayakan kerana ia bukan sekadar fesyen, sebaliknya menonjolkan imej yang cukup sesuai dengan apa yang ditonjolkan negeri Melaka. 

"Nanti bila dapat keputusannya, baru kita akan laksanakan, mungkin kita akan pilih satu hari untuk dijadikan hari berpakaian kebaya nyonya," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Baba Nyonya ke 25 di Hatten Hotel, pada 24 November 2012. 

Hadir sama, Presiden Persatuan Peranakan Cina Melaka, Datuk Phua Jin Hock; penanung Pertubuhan Persekutuan Peranakan (FPA) Datuk Seri Khoo Keat Siaw dan Presiden Persatuan Cina Penang, Datuk Tan Gin Soon. 

Turut hadir, Presiden Persatuan Peranakan Singapura, Peter Wee; Presiden Persatuan Peranakan Thailand, Dr Kosol Teang Uthai dan Presiden Persatuan Peranakan Tionghua Indonesia, Andrew A. Susanto. 

Dalam perkembangan sama, Mohd Ali turut menjelaskan budaya peranakan yang diamalkan oleh masyarakat Baba dan Nyonya di negara ini adalah salah satu budaya yang unik lagi menarik yang banyak dipengaruhi unsur-unsur tradisi Cina seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung tetapi mengikut acuan budaya tempatan dan penjajah. 

"Keunikan itu disebabkan ia adalah himpunan pelbagai pengaruh budaya seperti Melayu, Indonesia, India, Portugis, Belanda dan British. 

"Seiring dengan peredaran masa, budaya menarik ini juga mengalamai banyak saingan modenisasi dan pembaratan, sekiranya tidak dipeliharan, pasti ia akan terhakis dan mungkin pupus

"Jadi, sebagai pusat perkembangn budaya tersohor sejak kurun ke-14, Melaka akan terus membantu masyarakat Baba Nyonya supaya terus mengekalkan tradisinya secara berevolusi sekali gus menyerlahkan keunikan budaya Peranakan ini di peringkat antarabangsa," ujar Mohd Ali. 

Mengimbas catatan sejarah, masyarakat baba Nyonya ini telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. 

Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah berjaya menarik ramai pedagang dari luar termasuk dari China untuk berdagang di Melaka. 

Pedagang-pedagang dari China ini berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya. 

Masyarakat peranakan dianggap unik kerana memiliki dua budaya warisan tradisi Cina yang pada masa sama mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. 

Gambar: Jeanette Aw mengayakan kebaya Nyonya dalam filem The Little Nyonya

Sebahagian peserta yang menghadiri Konvensyen Baba Nyonya Ke-25 di Banda Hilir, Melaka.



Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com

26 November 2012

Melaka Terus Unggul Di Mata Pelancong

Jalan Utama Ke Bandaraya & Lokasi Tumpuan Mulai Sesak
Melaka telah menerima kedatangan seramai 494,583 orang pelancong luar sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini

BANDARAYA MELAKA - Laporan The New York Times yang meletakkan Melaka di tangga 28 dari 45 destinasi di dunia yang mesti dilawati tahun ini ternyata telah memberi impak besar kepada jumlah kemasukan pelancong ke Melaka, sekaligus menjadikan industri industri pelancongan terus berkembang vibrant.

Dengan angka lebih 9.5 juta pelancong yang datang sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, ianya secara tidak langsung telah meletakkan Melaka terus unggul di mata pelancong, sama ada domestik atau antarabangsa.

Kesan dari peningkatan jumlah kemasukan pelancong ini amat terasa. Meskipun terpaksa berdepan dengan suasana kesesakan yang agak luar biasa di jalan-jalan utama menuju ke pusat bandaraya, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum, namun itulah realiti sebenar yang kita lihat bahawa Melaka terus gemilang dalam pelbagai aspek, terutamanya di sektor pelancongan.

Perkembangan pesat sektor pelancongan juga turut membawa limpahan manfaat besar bukan sahaja kepada pengusaha hotel dan produk pelancongan, bahkan penarik beca, penjual kraftangan, pemandu teksi, pengusaha restoran atau pun peniaga warung turut menerima pulangan yang lumayan hasil dari usaha yang dijalankan!

Penarik beca sebagai ‘duta kecil’ pelancongan turut menerima manfaat dari jumlah kedatangan pelancong yang semakin meningkat

Maklumat terkini yang diperolehi dari empat lokasi pelancongan paling popular mencatatkan jumlah kedatangan pelancong yang cukup memberangsangkan.

Melaka River Cruise menduduki tempat teratas paling popular dengan menerima kunjungan seramai 805,795 orang sepanjang tempoh Januari hingga 10 November tahun ini, berbanding hanya 776,525 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Muzium-muzium negeri Melaka pula menduduki tangga kedua paling popular dengan menerima pengunjung seramai 686,917 orang dari Januari hingga 10 November tahun ini (635,250 orang tahun lepas), diikuti Menara Taming Sari seramai 496,992 bagi Januari hingga 10 November 2012 (433,228 orang tahun lepas) dan Zoo Melaka seramai 440,761 orang dari tempoh Januari hingga September 2012.

Justeru itu, dengan mengambil kira pelbagai produk pelancongan lain di bawah 12 sub sektor pelancongan yang terdapat di negeri ini, pastinya hasrat Kerajaan negeri Melaka menarik12.5 juta orang pelancong pada tahun ini akan tercapai.

Selain itu, pelbagai usaha strategik terus dilakukan dan pendekatan lebih proaktif turut dilaksanakan dengan meletakkan matlamat besar iaitu seramai 20 juta pelancong akan datang ke Melaka pada tahun 2020 kerana kegemilangan sektor pelancong Melaka adalah faktor utama yang memahatkan nama Melaka terus unggul di peta pelancongan domestik
dan dunia!
Zoo Melaka adalah antara lokasi pelancongan popular yang turut mencatatkan peningkatan dari jumlah pengunjung.. 
        
Melaka River Cruise terus menjadi lokasi paling popular yang mesti dilawati oleh pelancong

Jonker Walk juga menjadi lokasi tumpuan ramai     

  

'Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia'
'Visit Historic Melaka Means Visit Malaysia'


Melaka Bandaraya warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com

25 November 2012

Euro Rich Hotel Melaka

Tawarkan 93 Bilik Eksklusif
Euro Rich Hotel di Jalan PM 13, Plaza Mahkota menawarkan bilik penginapan serba mewah

BANDARAYA MELAKA- Status Melaka sebagai negeri pelancongan unggul ternyata telah memberikan cabaran besar kepada pengusaha industri perhotelan untuk menampilkan pelbagai keunikkan tersendiri, sama ada dari sudut dekorasi dan fasiliti bilik penginapan sebagai tarikan utama untuk menggamit pengunjung bermalam.

Penampilan gaya mewah ala-Eropah adalah antara ciri-ciri kelainan yang ditawarkan oleh Euro Rich Hotel Melaka dengan menyediakan bilik-bilik serba selesa dan eksklusif. Suasana serba mewah dapat anda rasai sebaik melangkah masuk ke lobi Euro Rich Hotel di Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Melaka terletak di lokasi strategik berhampiran pusat bandaraya Melaka yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan warisan serta kemudahan membeli-belah.

Euro Rich Hotel yang bertaraf 2 bintang ini menawarkan 93 bilik penginapan seperti Superior King; Deluxe King; Deluxe Twin; Superior King Plus; Family Junior; Family Junior Plus; Family Quad Room serta Family Premier Extra di mana setiap satunya menawarkan cirri-ciri kelainan yang cukup mengujakan!

Anda juga boleh bersantai di kolam renang eksklusif atau menikmati sajian enak tempatan dan Barat di cafe Euro Rich Hotel, pilihan penginapan ideal jika berkunjung ke Melaka.

Maklumat lanjut mengenai Euro Rich Hotel Melaka sila hubungi talian 06-2883030 atau layari info.Mlk@EuroRichHotel.com atau www.EuroRichHotel.com.

Suasana mewah di Lobi
Euro Rich Hotel menyediakan bilik eksklusif

Cafe turut disediakan bagi kemudahan pelanggan menikmati sajian tempatan dan Barat

Kemudahan kolam renang turut disediakan di Euro Rich Hotel



Euro Rich Hotel Melaka/Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

24 November 2012

ND Hotel Melaka

Dengan Imej Baru
ND Hotel di Jalan PM 9, Plaza Mahkota

BANDARAYA MELAKA- ND Hotel di Jalan PM 9, Plaza Mahkota, Melaka menampilkan imej serba baru dengan menawarkan bilik-bilik penginapan mewah pada harga yang cukup berpatutan, sekaligus menjadikannya antara pilihan popular di kalangan pelancong yang datang ke negeri ini.

Dilengkapi kemudahan penginapan serba selesa, ND Hotel menawarkan 23 pilihan bilik seperti standard pada harga serendah RM98 atau bermalam di deluxe twin; deluxe double serta family deluxe!

Kedudukan ND Hotel di lokasi strategik di tengah-tengah bandaraya juga pastinya memudahkan pergerakan anda untuk menjejaki keunikan bandaraya Melaka penuh bersejarah.

Maklumat lanjut hubungi talian 06 2828277 atau layari www.NdHotel.com.my atau
enquiry@NdHotel.com.my.

ND Hotel menawarkan 23 bilik penginapan termasuk Family Deluxe




ND Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

23 November 2012

Hotel Equatorial Melaka

Penginapan Lima Bintang
Hotel Equatorial Melaka di Jalan Banda Hilir

BANDARAYA MELAKA- Setaraf dengan kedudukannya sebagai hotel 5 bintang, Hotel Equatorial Melaka adalah pilihan penginapan yang cukup ideal dalam suasana serba mewah dan eksklusif sekali di Bandaraya Warisan Dunia.

Hotel Equatorial Melaka menawarkan 496 bilik penginapan pelbagai jenis seperti Deluxe King/Twin/Hollywood; Equator Club Room; Executive Suite; Senator Suite; Governor Suite dan Presidential Suite.

Selain dilengkapi dengan bilik-bilik mewah, Hotel Equatorial Melaka juga adalah lokasi pilihan bagi penganjuran mesyuarat, seminar serta majlis keramaian lainnya kerana ia dilengkapi dengan kemudahan serba moden untuk aktiviti MICE termasuk Melaka Ballroom yang boleh memuatkan 1,800 orang (theater); 700 orang (classroom); 1,800 orang (cocktail) dan 1,210 orang (banquet), selain Pheonix Ballroom; Meranti Room; Machang Room; Merbau Room dan Melaka Foyer.

Terletak di pusat bandaraya yang sentiasa vibrant dengan pelbagai aktiviti, Hotel Equatorial Melaka turut menyediakan kemudahan restoran dan lounge yang menyajikan pelbagai citrasa makanan seperti di Kampachi Japanese Restaurant; Seri Nyonya Peranakan Restaurant; Rest House Cafe; Flo Lounge; Oasis on the Fourth atau mahu menikmati suasana menjamu selera lebih santai di K5 The Street Bistro.

Apapun, Hotel Equatorial Melaka pastinya memberikan pengalaman yang cukup menyeronokkan sepanjang anda berada di Melaka sama ada bercuti bersama keluarga, berseminar dan sebagainya kerana Melaka adalah pelancongan terunggul yang sentiasa akan menyajikan yang terbaik kepada pelancong!

Maklumat lanjut mengenai Hotel Equatorial Melaka sila hubungi talian 06-2829333 atau layari www.EquatorialHotel.com/info@mel.Equatorial.com.

Hotel Lobby

 Suasana serba selesa di Deluxe Room, Hotel Equatorial Melaka


Presidential Suite - Living Room

Presidential Suite - Master Bedrooom

Resthouse Café

Kampachi

 Chef Khoo Eik May mengadakan promosi eksklusif di Seri Nyonya Peranakan Restaurant

Seri Nyonya Peranakan Restaurant menyajikan menu istimewa

Suasana santai di K5 The Street Bistro

Grand Ballroom.. The largest ballroom in Melaka...

  Swimming Pools di Hotel Equatorial Melaka



Hotel Equatorial Melaka/Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

22 November 2012

MBMB Diminta Wujud Jabatan Antarabangsa

Kendali Aktiviti & Hal Ehwal Antarabangsa Di Melaka
AYER KEROH- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diminta mewujudkan sebuah Jabatan Antarabangsa khusus bagi mengendalikan aktiviti dan hal ehwal antarabangsa di peringkat Bandaraya Melaka.

Ianya selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia (BWD) yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa membuat arahan itu berkata, pengwujudan jabatan itu penting memandangkan Melaka kini sudah dikenali di peringkat antarabangsa dan kedudukan ke-28 destinasi dunia yang perlu dikunjungi.

“Saya minta Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu dapat menyegerakan pengwujudan Jabatan Antarabangsa yang khusus mengendalikan event-event antarabangsa, seminar, persembahan kebudayaan, persembahan muzik antarabangsa dan sebagainya,” katanya.

Menurut Ketua Menteri, setiap tahun MBMB telah menganjurkan banyak program di peringkat antarabangsa seperti Konvensyen Bandaraya Berkembar, Pesta Gendang Antarabangsa, Sambutan Bandaraya Warisan Dunia selain galeri antarabangsa di Bukit Peringgit.

“Dengan adanya jabatan ini, ia akan memudahkan lagi urusan peringkat antarabangsa dan apabila ada perjanjian persefahaman (MoU) nanti seperti pembukaan galeri antarabangsa, kita akan minta Datuk Bandar mengendalikannya,” katanya.

Katanya, di peringkat persembahan kebudayaan dan muzik antarabangsa, ia boleh diadakan di kawasan tumpuan pelancong seperti Bangunan Stadhyus, Memorial Kemerdekaan dan sebagainya, dan MBMB punyai kepakaran dan kelengkapan pertunjukkan seperti itu.

“MBMB banyak pengalaman dan ia perlu dipertingkatkan lagi dalam menarik lebih banyak event antarabangsa dianjurkan di negeri Melaka seterusnya meningkatkan lagi jumlah pelancong antarabangsa ke Melaka,” jelasnya.




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

21 November 2012

Melaka FM

Pemenang 55 Coretan Terbaik 'Saya Bangga Jadi Anak Melaka'
MelakaFM 102.3 mempesonakan... Melaka FM yang terletak di Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari..


55 Coretan Terbaik!
Tahniah kepada para pengirim coretan "Saya bangga jadi anak Melaka". 55 Coretan terbaik telah disiarkan di Melakafm bermula 15 Ogos hingga 16 September 2012. Sempena bulan kemerdekaan. Pelbagai hadiah menarik menanti anda. Nama pemenang dipaparkan pada laman web/blog ini. Nantikan pengumuman seterusnya!



Pemenang 55 Coretan Terbaik..!!
PERHATIAN!!!

Senarai Pemenang 55 Coretan Terbaik 'Saya Bangga Jadi Anak Melaka'. 
Tahniah kepada anda...! Hadiah boleh di ambil di Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jln Taming Sari pada waktu pejabat. 

1- Muhammad Zaidee bin Mohd Kamal 
2- Hasnah binti Aman 
3- Shariffah binti Aris 
4- Norain binti Roslie 
5- Fatimah binti Haron 
6- Latifah bte Asrumni 
7- Kamar bin Mohamad 
8- Mohd Asri bin Maarip 
9- Mohd Azry Hanif bin Kamar 
10- Mas Nur Wahidah bte Moksin
11- Shamsiah Lal Muhammad 
12- Haslina Hashim 
13- Siti Fahizan Hj Abd Rahman 
14- Ezam Dhanzam 
15- Syafiqah Syaza binti Ibrahim 
16- Noraini binti Ab Gapar 
17- Muhammad Amyrizal Halif Kamar 
18- Nur Afifah Abdin Majid 
19- NUrulakhwan Aris 
20- Nur Umairah Md Nasir 
21- Nornizam bin Jamal 
22- Baharudin bin Abdul Latip 
23- Ahmad Khalid bin Mohamad 
24- A Farouq Razak 
25- Nurul Azra Hairani binti Norazmi 
26- Liliana Mas Aliza Rofiki 
27- Nurjazreena Zulkefli 
28- Ahmad Mukhsin Hj Zazam 
29- Syahrul Anuar Md Akhiar 
30- Saiful Nizam Ab Wahab 
31- Mohd Faizal bin Razalan 
32- Nur Syafiqah Aqilah bt Mohd Khir 
33- Nur Izzah Atirah bt Mohd Khir 
34- Nadirah binti Aziz 
35- Patimahtun Zaharah Abdul Jalil 
36- Sadiah Haji Mohd Said 
37- Muhammad Ferhad 
38- Fakrul Shahril Ezanie bin Zulkefli 
39- Azlinda Ahmad 
40- Mardiyana Binti Misman 
41- Jamiah Md Salleh 
42- Liliana Akma Mastura binti Rofiki 
43- Mohd Farihan Halida
44- Nur Azah Kamarudin 
45- Mohamad Alif bin Samsudin 
46- Roslan bin Hassan 
47- Marina bt Abdul Raman 
48- Zulkefli Yusof 
49- Noraida binti Idros 
50- Yahya Hj Yusof 
51- Nur Hilyaatty Abdul Rahim 
52- Ezaq Zaidani Rizan 
53- Roslan Sulaiman 
54- Maisarah Misman 
55- Roszaida binti Abu Bakar

RTM (Radio Television Malaysia) Melaka

Diantara pemenang Coretan Terbaik!

Deejay-deejay Melaka FM



Hash House Hotel

Popular Di Kalangan 'Backpacker'
ND Hotel di Jalan PM 9, Plaza Mahkota

BANDARAYA MELAKA- Kedudukan Hash House Hotel Melaka dikelilingi pelbagai tarikan pelancongan dan pusat perniagaan kerap menjadi pilihan pelancong, terutamanya 'backpacker' untuk menginap sepanjang mereka berada di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Berkonsepkan butik hotel, Hash House Hotel terletak di Jalan PM 7, Plaza Mahkota Melaka menawarkan 35 bilik penginapan seperti Standard room; Deluxe room; Family 1 dan Family 2.

Selain menawarkan bilik penginapan serba selesa, Hash House Hotel juga menyediakan pelbagai informasi berkaitan produk-produk pelancongan popular di Melaka, di samping beberapa restoran masakan peranakan, asam pedas serta Japanese Layered Cake (Nadeje) yang terletak begitu hampir dengan bilik penginapan.

Maklumat lanjut mengenai Hash House Hotel sila hubungi talian 06-2922299 atau layari www.HashouseHotel.com.

Suasana di family 1 di Hash House



Hash House Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com