11 July 2011

Sambutan Ulangtahun Ke-3 Pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Khalil Yaakob yang melepaskan burung merpati sebagai simbolik pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Pengisytiharaan Melaka Bandaraya Warisan Dunia, turut sama Mohd Ali Rustam dan Othman Muhamad


MELAKA(Bandar Hilir), 8 Julai – Lebih 5,000 pengunjung membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Jalan Parameswara, Bandar Hilir di sini sempena ulang tahun ketiga pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu   (UNESCO) .

Upacara penuh gilang gemilang itu dimulakan dengan persembahan muzikal oleh lebih 200 penari kebudayaan dengan pakaian berwarna-warni menyemarakkan lagi sambutan.

Berkisar peristiwa bersejarah pada 20 Februari 1956, artis kesenian dan kebudayaan melakonkan kembali peristiwa Perdana Menteri pertama, Almarhum Tungku Abdul Rahman Putera Alhaj mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu di tempat yang sama, 55 tahun lalu.

Persembahan muzikal selama satu jam yang diiringi lebih 10 buah lagu tema masyarakat daripada pelbagai kaum itu berjaya memukau ribuan pengunjung.

Upacara perasmian gilang-gemilang yang diakhiri dengan pertunjukkan bunga api  itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob

Seperti biasa, turut hadir sama ialah:-
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam(DAR);
Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad;
S/U Kerajaan Negeri. Datuk Omar Kasih dan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latif Tamby Chik.

DAR dalam ucapannya meminta rakyat bersama-sama menghayati kembali sejarah kemerdekaan Negara iaitu melalui kebijaksanaan rundingan dan perpaduan, bukannya perbalahan.

Rombongan Merdeka yang di ketuai oleh Tungku Abdul Rahman dan disertai Tun Tan Cheng Lock serta Tun V.t Sambathan ketika itu menunjukkan perpaduan kaum yang tinggi dan perlu diteruskan generasi muda hari ini.

Setiap daripada kita perlu mempunyai semangat  patriotik  yang tinggi dan cuba elakkan sebarang unsur-unsur yang cuba memecah belahkan rakyat yang akhirnya akan merugikan Negara.

Dengan mengekalkan keamanan, pastinya kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat dapat diteruskan dan meningkatkan keupayaan membina Negara yang teguh dan utuh.


Menghayati Sejarah Kemerdekaan...
Imbasan kembali suasana Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lok diarak membawa berita kejayaan menuntut  kemerdekaan..




No comments: