- berlangsung dari 14 Julai hingga 31 Oktober 2011
The inquisitional chairs...
Pameran berlangsung dari 14 Julai hingga 31 Oktober 2011 di Upper Pergola, Dataran Pahlawan, Melaka. Pameran ini berkisarkan, dimana manusia akan dihukum secara zalim hanya kerana perbezaan pendapat, keturunan, agama, bahasa, jantina, dan kedudukan social.
Ianya juga memperlihatkan betapa manusia beruntung kerana hidup di zaman ini yang memberikan mereka lebih kebebasan.
Pameran itu suatu pengembaraan dimasa lampau, dimana kita dapat menyaksikan bagaimana mangsa diekploitasi sewaktu perbicaraan di Eropah pada zaman pertengahan .
Tortura adalah pameran yang unik kerana ia memaparkan lukisan, gambarajah dan alatan penderaan sebenar yang dibawakan khas dari perbagai tempat di Eropah.
Ianya mengambakan era keganasan dan kekejaman menyamai jenayah yang sering didikwa dilakukan olah para pesalah.
Sehingga kini ia telah dipamerkan di merata tempat seluruh Eropah, Tokyo (Jepun), Argentina , Mexico , Malaysia dan lain-lain negara. Pertama kali dipamerkan di Negara ini pada tahun 2003.
Kerusi penyiasatan
"Semua kerusi mempunyai ciri-ciri yang sama yakni mempunyai paku-paku diseluruh permukaannya.Mudah untuk mengambarkan efek ke atas 'Si tuduh' apabila beliau melihat alat ini, lebih-lebih lagi kerusi yang mempunyai makanisma untuk mengetatkan lagi tubuh 'Si tuduh' ke atas kerusi ini.
Kadangkala kerusi ini boleh juga dibuat dengan logam dan boleh dipanaskan. Banyak Negara Eropah menggunakan alat-alat ini hingga ke penghujung abad 1800."
Bahan-bahan yang dipamerkan telah menarik minat jutaan pengunjung dan pihak media bukan sahaja kerana kesan pameran itu, malah mesej yang jelas berhubung pencabulan hak asasi manusia.
Pameran ini menyingkap lebih dalam tentang nilai-nilai ilmu dan sejarah kerana ianya membawakan gambaran sebenar sejarah zaman pertengahan.
Maklumbalas yang diterima sewaktu pertama kali dipamerkan adalah ‘Menarik’, ‘Menakutkan’, ‘Penuh sejarah’, dan ‘Berilmiah’, dimana sekolah-sekolah seluruh Negara telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke pameran ini.
Pengunjung mungkin menemui persamaan di antara sejarah negeri Melaka dan sebahagian dari bahan pameran ini.
Begitu juga kepada para pelajar, pameran ini memberikan peluang kepada kita mempelajari sejarah penjajahan negeri Melaka dan hukuman penderaan serta perlaku sosial masyarakat pada waktu itu yang tidak mudah ditemui, tercatat dalam buku sejarah kita.
The Guillotine...
"Dicipta oleh seorang doktor bernama Joseph Ignace Guillotine(Dr.Guillotin) yang menciptanya supaya si pesalah tidak dapat sedar atau rasa sakit apabila dipancong.
Amat popular di negeri Perancis dan telah membunuh beribu-ribu pesalah sewaktu Revolusi Perancis.."
Pameran ini dijangka mampu menarik minat para pengunjung dari Singapura , Indonesia , termasuk pengunjung dari luar negara yang berada di Melaka serta para pelancong domestik dari negeri-negeri berdekatan.
Jangkaan pengunjung yang bakal berkunjung ke pameran ini adalah terdiri dari golongan keluarga, para pelajar, serta peminat-peminat sejarah.
Tortura telah menjelajah jauh dan menerima pengiktirafan dari institusi-institusi terkenal antaranya seperti Amnesty International, Academy of Human Rights , The Mexican, dan banyak lagi.
Sejarah Tortura di Malaysia berjaya dipamerkan pada tahun 2003 dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di Bastion House, Muzium Dunia Melayu Dunia Islam dan dipamerkan sekali lagi dari 2009 hingga Mac 2010 di permis sama.
Pameran ini juga pernah diadakan di Muzium Kota Baharu, Kelantan dari 14 September hingga Disember 2010 dan di Muzium Seni Pahang dari 1 Mac hingga 31 Mei 2011.
-The Virgin Nuremberg
Dara Nuremberg...
"Alat penyiksaan ini telah dicipta di bandar Nuremberg di negeri Jerman, Alat ini selalunya mempunyai ukiran wajah seorang gadis, dan ini hanya kononnya untuk mengindahkan wajah peralatan ini yang sebenarnya memang menyeramkan.
Alat ini adalah sebuah peti yang mempunyai paku-paku tajam yang akan menyucuk dan menikam pesalah yang terkurung didalam. Paku-paku tersebut diatur supaya tidak membunuh pesalah itu tetapi memanjangkan lagi hayatnya supaya dapat terus diseksa.
Peti ini amat tebal dan kukuh dan apabila ditutup jeritan dan tangisan manusia dari dalam tidak kedengaran..."
By: Han
No comments:
Post a Comment