Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Melaka memperkenalkan satu kaedah baru bagi mengatasi masalah penangkapan kucing liar.
Menariknya alat yang dikenali sebagai ' Smart Catcher Cat' itu diperbuat daripada bahan terbuang iaitu tong drum terpakai.
Ia hasil kretiviti seorang kakitangan penolong penguatkuasa, Muhammad Munir Sharabuddin yang bertujuan memudahkan proses penangkapan kucing liar.
Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, alat itu mula diperkenalkan sejak Februari 2011 lalu dan berjaya menunjukkan hasil yang positif apatah lagi dalam memastikan haiwan yang ditangkap ditempatkan di kawasan lebih selamat mengikut garis panduan ditetapkan.
Menurutnya, kewujudan 'Smart Catcher Cat' yang direkabentuk dari sebuah tong terpakai mampu berfungsi untuk memerangkap dua ekor kucing dalam satu-satu masa.
Menurutnya, keberkesanannya telah diuji sekitar kawasan Medan Selera Ayer Keroh.
"Dalam tempoh terdekat ini, beberapa tong 'Smart Catcher Cat' akan ditempatkan di beberapa medan selera yang dikenalpasti terdapat banyak kucing liar.
Bau umpan
"Kita percaya, usaha ini mampu mengurangkan rungutan orang ramai ketika menikmati sarapan pagi, tengahari atau makan malam di setiap kawasan medan selera sekitar MPHTJ," katanya.
Menurut Sapiah, alat itu berfungsi dengan cara kucing liar yang disasarkan akan menghidu bau umpan yang disediakan dan kemudiannya akan menghampiri perangkap lalu menolak pintu perangkap sehingga akhirnya pintu tertutup lalu bertindak menghalang kucing daripada terlepas keluar.
Kucing liar yang berjaya ditangkap akan dihantar ke pusat penjagaan di Bukit Jelutong di mana kawasan itu kini berperanan sebagai tapak semaian milik MPHTJ.
"Ia akan dijaga oleh anggota Jabatan Landskap kerana kebetulan kawasan tersebut menempatkan pelbagai jenis bunga sememangnya kepunyaan MPHTJ," katanya.
Jelas Sapiah, anggota bertugas akan menjaga makan dan menyediakan tempat selesa untuk haiwan-haiwan terbabit.
"Sekiranya ada kalangan orang ramai yang berminat melihat kucing, boleh datang ke sini.
"Dalam tempoh seminggu, MPHTJ mensasarkan untuk menangkap sekurang-kurangnya enam ekor kucing. Ia diyakini mampu membantu MPHTJ mengurangkan kucing liar di kawasan ini," katanya.
Sapiah berkata, dengan adanya 'Smart catcher cat' ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos, menjimatkan tenaga anggota yang bertugas di samping mengurangkan aduan orang ramai.
-Alhamdulillah dgn usaha MPHTJ nasib kucing2 liar tu terbela dengan di tempatkan di pusat penjagaan…
kucing liar tak pernah buat kes gigit orang. tapi anjing liar memang banyak ada kes begini. Kena buat alat untuk tangkap anjing liar jugak ? lagi mengancam nyawa.
No comments:
Post a Comment