29 June 2011

Majlis Penutupan Pesta Sungai Melaka 2011



Majlis Penutupan Pesta Sungai Melaka 2011 disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob...




Taman Rempah, Melaka[26 Jun 2011]- Kira-kira 460,000 pengunjung termasuk pelancong tempatan dan luar Negara telah berkunjung ke  Pesta Sungai Melaka  yang telah bermula sejak 1 Jun hingga penutupannya 26 Jun 2011.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, statistik itu berdasarkan sambutan hebat dari para pengunjung yang yang menyertai pelbagai aktiviti yang aianjurkan.

Menurut DAR, beliau yakin kehadiran pengunjung akan mencapai sasaran iaitu 500,000 atau setengah juta orang sehingga akhir Pesta Sungai Melaka penghujung bulan ini.

Penganjuran Pesta Sungai Melaka 2011 yang menyambut ulang tahun kali Ke-5 tahun ini, istimewa kerana ianya penganjuran acara pertama selepas Negeri Melaka mencapai status Negeri Maju pada 2010.

Hampir 20,000 pengunjung membanjiri Taman Rempah untuk menyaksikan Majlis Penutupan Pesta Sungai Melaka 2011. Majlis Penutupan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob yang turut disertai isterinya, Toh Puan Zurina Kassim.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan (Datuk Abu Seman Yusof), Speaker Dewan Undangan Negeri (Datuk Wira Othman Muhamad), Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Wira Omar Kasih), dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri (Baharom Majid).

Orang Ramai juga dihiburkan dengan persembahan artis tanah air seperti  Farawahida dan Daus serta diiringi Kombo Briged Seni.

Hampir sejuta pelancong telah berkunjung ke Melaka, dimana kehadiran mereka yang tinggi juga dicatatkan oleh produk-prodk pelancongan lain seperti  Zoo Melaka ,  Muzium   Menara Taming Sari ,   pusat membeli belah , dan  hotel-hotel .

Seramai 115,000 pelancong telah menaiki   Melaka River Cruise   bermula sejak 1 hingga 24 Jun 2011 lalu dan peningkatan sejumlah  43%  berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pesta Sungai Melaka bukanlah sesuatu yang asing dalam industri pelancongan dan ianya dinanti-nantikan setiap tahun oleh penhunjung. Promosi yang diadakan dari dalam dan luar negara dengan keunikan pesta ini sebagai satu-satunya pesta sungai yang terbesar di Malaysia.     Sambutan Pesta Sungai Melaka 2011   turut mengamalkan konsep ’Go Green’ dan semua aktiviti yang dilaksanakan berkonsepkan 12 sub sektor pelancongan negeri ini, sekali gus menjadi pemangkin dan pelengkap kepada usaha mencapai sasaran pelancong sejumlah 11 juta orang tahun ini (2011).


Bye..,
Jumpa lagi tahun hadapan pada


No comments: