25 June 2011

Majlis Perbandaran Hang Jebat Bakal Diwujudkan ?

Salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada di Melaka... 

Kerajaan Negeri Melaka sedang meneliti salah sebuah dari tiga Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang baru di negeri ini iaitu Majlis Perbandaran Hang Jebat (MPHJ).

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin berkata kertas kerja operasi MPHJ masih dalam proses di peringkat kerajaan negeri sebelum serahkan kepada kementerian. 

Melaka juga turut bercadang mewujudkan 2 lagi PBT baru iaitu Majlis Perbandaran Masjid Tanah (MPMT) dan Majlis Perbandaran Merlimau (MPM) yang juga dalam perbincangan. 

Bagaimanapun, penubuhan PBT baru itu sebagai langkah kerajaan negeri menyalurkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat dari pelbagai aspek termasuk kebersihan dan pengindahan landskap. 

Dalam usaha kerajaan negeri memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, maka kawasan PBT sedia ada akan dikecilkan dan sebahagiannya diberikan kepada PBT baru untuk ditadbir nanti seperti yang dilakukan semasa penubuhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). 



Ketika ini Melaka dibahagikan kepada empat (PBT) masing-masing, iaitu:- 
  1. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. (MBMB)
  2. Majlis Perbandaran Alor Gajah. (MPAG)
  3. Majlis Perbandaran Jasin. (MPJ)
  4. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. (MPHJ)

Cadangan 3 lagi PBT baru:- 

    5. Majlis Perbandaran Hang Jebat (MPHJ)
    6. Majlis Perbandaran Masjid Tanah (MPMT)
    7. Majlis Perbandaran Merlimau (MPM)







Sumber:Melakatoday




6 comments:

Admin said...

Tahniah!!

Anonymous said...

alhamdulillah, semoga majlis perbandaran hang jebat nie bakal menjanjikan peluang pekerjaan kpd org melaka

Anonymous said...

alhamdulillah..... tahniah melaka... peluang pekerjaan untuk rakyat melaka sudah ada... tahniah...

jackie said...

wah dasyat ar melaka sekarang nie!!!

Anonymous said...

takde sebarang berita tentang majlis hang jebat nie???xde ura2 ckp ade bukak jawatan kosong..

Farihan Han said...

MPHJ 5 tahun lagi baru siap macam MPHTJ dulu.
Try cuba MPHTJ banyak jawatan kosong..