14 June 2011

Perasmian Pesta Sungai Melaka 2011


Pesta Sungai Melaka 2011 yang disambut selama sebulan bermula 1 Jun 2011 lalu menyasarkan untuk menarik 500,000 pengunjung berbanding 250,000 tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai satu-satunya pesta sungai yang terbesar di Malaysia, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan Pesta Sungai Melaka juga telah tersenarai dalam kalendar pelancongan Malaysia.
Pesta Sungai Melaka yang dianjurkan sejak 2007 bukan sahaja tertumpu pada aktiviti bot dan sungai, malah, turut melibatkan beberapa lokasi pelancongan lain seperti di lebih 15 buah Muzium, Menara Taming Sari dan Zoo Melaka.

Hari ini, kita dapat lihat Sungai Melaka telah menjalani satu transformasi daripada sebuah sungai yang dahulunya dikatakan lesu, kotor dan tidak terurus kini telah menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia kerana nilai sejarah, kebersihan dan keindahannya.
BOT BERHIAS…Bot Berhias Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB) menyusuri Sungai Melaka penuh berwarna-warni…



Bot Berhias dari MPAG...

Pesta Sungai Melaka 2011 dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik, Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa pesta, Datuk Omar Kaseh dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid.

Sebanyak 70 acara telah disediakan sepanjang berlangsungnya pesta tersebut dan diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha mencapai sasaran 11 juta pelancong tahun ini.
Bot Berhias dari MPHTJ...

Berdasarkan statistik, jumlah kehadiran pelancong menaiki bot Melaka River Cruise meningkat setiap tahun apabila seramai 1.9 juta pengunjung menaiki perkhidmatan itu sejak 2006 hingga sekarang.

Pada 2006 PPSPM ada dua bot tetapi sekarang ada 40 bot termasuk sebuah menggunakan kuasa bateri atau solar dalam usaha mengurangkan pencemaran bertepatan dengan usaha Melaka ke arah Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Majlis perasmian pada malam 4 Jun 2011 adalah yang paling meriah dapat disaksikan dengan kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung selain kehadiran 13 artis terkenal tanah air menerusi konsert Pancaindera.
BERKELIPAN… Keunikan bot berhias memang menarik perhatian...!

Kehadiran Mawi, Marsha, Adira, Fazli Zainal, Shahir, Fizo Omar, Jehan Miskin, Kamal Adli, Roslan Shah, Didie Alias, Kumpulan Kristal, Sivakumar dan Super Girl menyebabkan pengunjung tidak berganjak menyaksikan persembahan walaupun dalam cuaca hujan renyai-renyai (Habis Basah..!).

Memeriahkan suasana acara tersebut ialah perarakan 8 bot berhias, persembahan kebudayaan daripada pelbagai etnik di negeri ini dan pertunjukan bunga api.

Perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 oleh Ketua Menteri Melaka DAR...

Diantara artis kebudayaan yang menbuat persembahan yang memukau, walaupun cuaca hujan...


Sebahagian jemputan serta orang ramai yang hadir...


Mawi...! diantara salah seorang artis yang mengadakan persembahan...


MERIAH…Pertunjukkan bunga api memeriahkan lagi acara perasmian...


Perasmian telah pun disempurnakannn....



ORANG ramai sanggup beratur panjang untuk menaiki bot Melaka River Cruise pada majlis perasmian Pesta Sungai Melaka di Taman Rempah...




Sekian...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan Majalah Melaka Business edisi Julai/Ogos 2011 di pasaran...

2 comments:

riz said...

Salam,

Mohon daripada saudara untuk share gambar2 Pesta Sungai Melaka 2011 untuk artikel dalam majalah Melaka Business. Kami akan letak link ke blog saudara. Terima kasih.

Pereka Grafik,
Majalah Melaka Business

Farihan Han said...

To: riz

Saudara boleh share gambar2 Perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 yang berada di blog ini(www.gotomelaka.blogspot.com) untuk artikel dalam "Majalah Melaka Business". Terima Kasih.

Han,
Blog Authors.
Melaka Bandaraya Warisan Dunia,
Negeri Bandar Teknologi Hijau.