Hotel Naza Talyya Melaka di Jalan Tun Ali
BANDARAYA MELAKA- Selain menawarkan perkhidmatan dan layanan yang kondusif sebagai jaminan kepada setiap pelanggan yang bermalam di Hotel Naza Talyya Melaka, hotel yang terletak di Jalan Tun Ali dan pernah dianugerahkan Best Tour Programe 2010/2011 oleh Tourism Malaysia juga sebenarnya memiliki keistimewaan tersendiri yang menyebabkannya kerap menjadi buruan pelancong.
Selain menawarkan pilihan bilik yang pelbagai sama ada superior room (32 unit); Deluxe Room (40 unit); Deluxe King (8 unit); Family Room (16 unit); Junior Suite (8 unit) dan Executive Suite (8 unit); Hotel Naza Talyya bertaraf 3 bintang juga adalah pilihan para penggemar makanan asli Melaka seperti Asam Pedas Naza; Portuguese Baked Fish; Nyonya Chicken Pongteh dan Siamese Chicken Paprik sebagai menu sajian tengah hari di D'Cafe.
Katanya lagi, hotel berkenaan juga turut menawarkan sajian kambing panggang untuk majlis-majlis keramaian mengikut citrasa pelanggan pada harga berpatutan serendah RM950 seekor!
Gambar dihadapan Hotel Naza Melaka
"Sajian berkenaan dianggap pelengkap kepada setiap permintaan pelanggan yang bermalam di sini. Inilah antara kelainan yang kami tawarkan kepada setiap pelanggan dan ternyata respon dari mereka begitu memberangsangkan. Mereka kata menu itu cukup istimewa dan lain dari yang lain," ujar Pengurus Hotel Naza Talyya Melaka, Abu Hassan Ismail. Katanya, selain mengutamakan aspek kualiti perkhidmatan, team pengurusannya juga sentiasa mencari identity tersendiri bagi memastikan Hotel Naza Talyya Melaka terus dekat di hati pelanggan seiring dengan moto : 'Comfort Withnin Reach'.
Abu Hassan memberitahu, penginapan di hotel berkenaan dirasakan tidak lengkap tanpa mempelawa pelanggan menyertai beberapa pakej istimewa untuk mengenali Melaka secara lebih dekat memalui program 'Dine on the cruise' (dengan kerjasama Melaka River Cruise); 'Sleep over the museum' (dengan kerjasama PERZIM) atau 'Taming Sari stay package'.
"Visi kita bukan sekadar mahu menjadikan Hotel Naza Talyya pilihan utama pelancong menginap, malah kami mahu mendekatkan lagi Melaka di hati mereka menerusi perkhidmatan kelas pertama, sajian makanan dan pakej jalan-jalan," ujarnya.
Anda merancang bermalam di Hotel Naza Talyya Melaka, hubungi talian 06-2882288 ATAU layari www.NazaHotels.com.
Team pengurusan Hotel Naza Talyya Melaka
Naza Talyya Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com
1 comment:
salam ziarah..
Post a Comment