MYDIN Bandar Jasin Bistari ini merupakan cawangan Mydin yang
ke-4 di Melaka
JASIN- Mydin Hypermarket berharga kira-kira RM60
juta kini beroperasi di Bandar Jasin Bistari, Melaka dan kira-kira 7,000 warga Jasin
dan lokasi berhampiran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Menteri,
Datuk Seri Mohd Ali Rustam, pada 30 Mac 2013.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Wira Dr.
Ameer Ali berkata, Mydin Bandar Jasin Bistari merupakan cawangan Mydin Hypermarket
kedua di Melaka selepas Mydin MITC dan ke-12 yang juga merupakan rangkaian
ke-101 di Malaysia.
Katanya, pembukaan Mydin Bandar Jasin Bistari bakal menjadi
alternatif destinasi membeli-belah untuk warga Jasin, Tangkak, Segamat atau
Muar, bahkan ia bakal menjadi katalis pembangunan sosio-ekonomi setempat di
samping memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 300 anak tempatan.
"Kewujudan Mydin Hypermarket di ini juga adalah sebagai
melaksanakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerana ia bertujuan
menambah baik taraf hidup rakyat kerana CSR tidak terhad hanya sekadar
sumbangan kewangan atau barangan, bahkan pengertian CSR adalah jauh lebih luas
termasuk dalam bentuk perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada orang
ramai," ujarnya.
Mydin, Pengerusi dan Pengasas Mydin Mohamed Holdings Berhad menyerahkan cenderamata berupa tulisan khat kepada Pengurus Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bistari, Zulkarnain Baharom sebagai simbolik semasa Majlis Pra-Perasmian
Beliau berkata demikian di Majlis Pra-Perasmian Mydin
Hypermarket Bandar Jasin Bistari yang disempurnakan oleh Pengerusi/Pengasas
Mydin Mohamed Holdings Berhad,
Majlis perasmian oleh Ketua Menteri pada 30 Mac lalu, dianggarkan
lebih 7,000 warga Jasin 'berkampung' di pusat beli belah berkenaan yang turut dimeriahkan
dengan pelbagai aktiviti ke arah mengeratkan lagi jaringan hubungan dengan
komuniti setempat.
Diharap dengan pembukaan Mydin Hypermarket baru ini akan
menjadi pemangkin pembangunan ekonomi Jasin/setempat dan membuka lebih banyak
lagi usaha penggerak ekonomi untuk memajukan lokasi berkenaan, serta Melaka
secara amnya.
Ameer bersama warga kerja Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bistari
Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin beramah mesra bersama pelanggan di MYDIN Bandar Jasin Bestari.
Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin memegang ikan salmon di Majlis Perasmian MYDIN Bandar Jasin Bestari
Orang ramai membeli keperluan harian di Mydin Jasin.. Mengapa bayar lebih? Belilah dengan harga borong!!
Sebahagian dari orang ramai yang datang membeli-belah
sempena pembukaan Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bistari
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka
World Heritage City
2 comments:
suka gi mydin... :)9
RM100 Melaka Homestay 0123736548
http://jasinhomestay.blogspot.com/
Post a Comment